" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Harus ke Aku Sedih ? :(
Monday, April 20, 2015 | 5:08 PM | 0Comment

ASSALAMUALAIKUM . 

Kenapa masih ada yang tak faham tahap kesihatan aku sekarang ? Aku kuat nak tengok diorang faham betapa peritnya menahan kesakitan ! Haruskah aku berpeluang sebegini ? kalau aku asyik kena caci , kena sindir . Aku tak tahu lagi nak buat apa , kalau aku pindah sekolah ? memang aku lambat daftar PT3 nanti , walaupun aku teringin nak pindah sekolah :) 

Cuba korang rasa, kalau korang kena sindir dengan kawan rapat sendiri , apa perasaan korang ? mesti sedih , kecil hati , pelbagai perasaan keluar :( itulah aku , walaupun beberapa kali dia sindir aku . Allah je tahu perasaan aku masa kini , pahit untuk menahan semuanya :( aku hanya mampu buat dia gembira , tak marah-marah , tapi ? aku buat semua ni dia tak pernah hargai :(

Masa matapelajaran Bahasa Melayu , dia asyik sebut "sampah sarap" entah siapa dia kata , aku pun tanya tanpa kelu or gagap mulut nak kata

"Ema , kau cakap siapa sampah sarap? "
Aku duduk situ dan buat homework .
"Adalah, semua kau nak tahu , dah mulut lezer semua kau nak tahu"
Cara percakapan dia macam menyindir aku .

Memang aku nak menangis tyme tu, kenapa dia asyik ungkit kisah lama aku dulu ? kenapa semua yang dulu nak ungkit ?? aku cakap dalam hati tetiba Ema menyampuk

"hah , kau mengata aku eyh ? "
Aku apa lagi terkejut la , kalau aku melatah kat situ memang cikgu dekat depan dah stop mengajar , haha ..
"Tak da la "

Aku pun masih teringat-ingat dia kata, Masa BI pula , memang macam-macam hal aku kena buat walaupun bukan "urusan aku " dia bukak lah buku BI dia, yang aku buat homework dia .. dia berhenti 1 muka surat tu dia kata

"Pekak betul dah la bengap , dah tahu tempat tu kosong kenapa kau tulis kat situ dalam jawapan ? bodoh "

Aku kat situ diam dan menjawab dengan gelakkan ,

" hehehe , sorry "

Dia apa lagi jawab

" Not Funny ok ! "

Ya Allah , kenapa aku harus macam ni , bagus dah orang buat homework dia kan ? kalau korang rasa , korang dah berterima kasih kat orang yang tolong korang buat nota ke latihan ke .. :) tapi dia tak ,. 1 patah perkataan "TERIMA KASIH" tak diucapkan , malah mengata aku "PEKAK" "BENGAP" "BODOH"

Ni je aku dapat terima , aku sabar dengan apa dia kata , balik rumah aku akan menangis , tapi kat sekolah aku tak nak menangis , makin sakit hati aku dikenakan .. Allah je tahu :)

Aku tak nak ungkit semua dalam blog , aku tak tahu aku nak luah kat sapa-sapa , blog peneman aku tyme aku gembira sedih semua ..aku nak luah dalam ni , :D

Tyme MATH entah la , kenapa , mungkin dia "BUTA" tak nampak aku tengah tulis nama dekat buku , masih jugak dia nak panggil aku ..

"Afiqah tengok sini .. eee , cakap dengan tunggul je aku kat sini "

kalau aku nak kata memang dah gaduh besar mungkin aku balas balik kata-kata dia , tapi aku tahu , aku nak PT3 , aku tahu , aku sabar :)

Memang tyme tu aku nak tinggikan suara , syukur sesangat aku tahan kesabaran aku dengan bagi senyuman dekat dia .. :)

Aku tak tau nak kata apa-apa , setiap kali dia kata aku macam aku tak paham lah , tapi aku pun berfikir masa budak-budak la sikit , aku fikir bersendirian ,

Kenapa dia tak suruh kawan paling rapat dengan dia buat homework ? kenapa aku ? kenapa ? tapi , dekat depan kawan paling rapat dia memang paling-paling baik punya lakonan dia , rajin sesangat rajin buat homework , bila depan aku memang sah aku jugak dia beri ,, tengok ? ada permainan disitu :D orang pun bagi nasihat kat aku sabar je , siapa susah kemudian hari bukan aku , dia akan susah kemudian hari :) Ameenn :D

Jangan mengharapkan masa akan berputar ,
disebabkan kata-kata kau yang menyakitkan perasaan aku ,
aku tahu , aku tahu ,
betapa pahit untuk telan semua kata-kata cacian kau .
Ingat , aku mati ke pindah ke, ..
mungkin kau akan cari aku ,
sebab aku tahu , aku je dapat tolong kau buat semua benda ..
Kau akan menyesal nanti , aku tak mendoa ,
mungkin kau akan cari aku dulu sebelum kawan paling rapat kau ..
Aku terima je kata-kata kau ,
orang nak menuntut ilmu kena banyak bersabar
dengan kata-kata cacian .. :D
Aku senyum sebab aku tahan rasa sakit aku .


*tarik nafas panjang-panjang lepas*
betapa banyak nye keluhan aku demi menuntut ilmu :)
Maaf , aku tak nak mengeluh lagi :)
aku usaha buat , kalau aku mengeluh banyak sangat , sampai bila nak berjaya ?
Fikir-fikirkan :D