" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Doa Mustajab Seorang Muslimah
Monday, June 8, 2015 | 10:21 PM | 2Comment

ASSALAMUALAIKUM . 

"APABILA KITA INGINKAN SESUATU SAMA ADA DARIPADA SEGI HARTA BENDA ATAU PUN PERTOLONGAN, KITA AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENDAPATKANNYA. SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH, PASTINYA SETIAP USAHA KITA DIIRINGI DENGAN DOA . SERING KALI KITA DENGAR BAHAWA DOA SEORANG WANITA LEBIH CEPAT DIMAKBULKAN DARIPADA DOA SEORANG LELAKI . PERSOALANNYA, ADAKAH PERKARA INI BENAR SEPERTI YANG SERING DIPERKATAKAN ATAUPUN HANYA MITOS SEMATA-MATA ?"

Teringkat akan sesuatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W apabila seorang Khaulah melihat suaminya (Aus) yang sedang menghadapi masalah lalu di marahi oleh Aus dengan berkata "Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku." Kemudian Aus keluar dari rumah dan duduk bersama sahabat-sahabat yang lain . Setelah itu, dia masuk ke rumah semua dan ingin bersama Khaulah. Tetapi, dengan kesedaran hati dan kehalusan perasaan Khaulah membuatnya menolak hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang pertama kali terjadi dalam sejarah Islam(zihar). Khaulah berkata , "Tidak .. Jangan ! Engkau tidak boleh menjamahku kerana engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkan terhadapku sampai Allah dan Rasul-Nya memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita."

Khaulah keluar menemui Rasulullah S.A.W dan meminta pandangan tentang peristiwa tersebut . Rasulullah S.A.W bersabda "Kami belum pernah mandapatkan perintah berkenaan dengan urusanmu tersebut .. aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya." Setelah itu, Khaulah tidak berhenti-henti mengangkat kedua belah tangannya dan berdoa kepada Allah S.W.T dalam kesedihan. "Ya Allah sesungguhnya aku mengadu tentang peristiwa yang menimpa diriku." Wanita ini terus menerus berdoa sehinggalah Rasulullah S.A.W pengsan menerima wahyu. Setelah sedar. baginda bersabda "Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan Al-Quran tentang dirimu dan suami ."

"Kemudian baginda membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan(halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat " ( QS. Al-Mujadalah: 1-4). Rasulullah S.A.W kemudiannya menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarah ( tebusan) zihar iaitu memerdekakan budak maka berpuasa dua bulan berturut-turut atau jika masih tidak mampu berpuasa maka memberi makan sebanyak enam puluh orang miskin .

Begitulah seorang wanita Muslimahyang di didik dengan cara Islam . Tidak pernah jemu meminta pertolongan dari Allah dan sentiasa mencari keredhaanNya. Sebagaimana Allah telah berfirma. "Berdoalah kepada-Ku , nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dan beribadah(berdoa) kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina" (QS.Al-Mu'min:60).

SEBAB-SEBAB MENGAPA DOA SEORANG MUSLIMAH ITU LEBIH MUSTAJAB DAN DIMAKBULKAN. DAN APA KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA SEHINGGA DIBERI KELEBIHAN SEPERTI INI . 

1.  Doa wanita lebih makbul daripada lelaki adalah kerana sifat penyayang yang ada dalam diri mereka adalah lebih kuat daripada lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda "Ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa oran yang penyayang tidak akan sia-sia"

2.  Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? " Jawab baginda, "Suaminya." . "Siapakah pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya".

3.  Bagi setiap wanita yang taat kepada suaminya, menyediakan hidangan atau memandang pada suaminya dan memegang tangannya,memelihara anaknya dan menjaga hartanya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan setiap kalimah ucapannya. setiap langkahnya dan setiap pandangan pada suaminya seumpama beliau telah memerdekakan seorang hamba. Di akhirat kelak , Allah mengurniakan NUR hingga tercengang wanita mukmin yang lain atas kurniaan rahmat itu .

4.  Hal ini berlaku di Madinah ketika Rasulullah S.A.W keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam majlis tersebut. Lalu baginda bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ? " Jawab mereka. "Tidak". Baginda bersabda bahawa "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat seorang lelaki.

5.  "Wahai Fatimah,bagi setiap wanita yang meminyaki rambut anaknya,menyikatnya,mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan yang baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat yang pernah mereka lakukan dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. "

6.  Sebaik-baik wanita adalah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan, jika engkau memerintah ditaati perintahmu ( taat) dan jika engkau tiada dijaga hartamu dan dirinya.

7.  Thabit Al Banani berkata , seorang wanita yang buta sebelah matanya berasal dari kaum Bani Israel sangat baik dan taat kepada suaminya. Apabila beliau menghidangkan makanan untuk suaminya, dipegangnya pelita sehingga selesai suaminya makan. Pada suatu malam pelitanyaa kehabisan sumbu , maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita . Pada keesokkan harinya , matanya yang buta itu telah di celik. Allah menurunkan rahmat dan kemulian pasa wanita itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya .

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa,"Allah telah memberi sifat iri ( cemburu) kepada wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seseorang wanita itu melatih kesabarannya dengan iman dan mengharapkan pahala daripada sesuatu yang menjadikannya cemburu , seperti suaminya menikai wanita lain, maka dia akan menerima ganjaran seorang syahid ."


Alhamdulilah ,niat termakbul juga nak tulis entry :) Hewhew ! Maaf jika ada ter"typo" setiap baris ayat-ayat diatas :)