" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Kegagalan bukan menghalang untuk kita berjaya
Monday, June 15, 2015 | 7:56 PM | 0Comment

Assalamualaikum 

Cuti-cuti dah habis . Mulakan penggal persekolahan ke - 2 . Cepat masa berlalu meninggalkan kita. Al-fatihah . Sedarkan diri ini akan menduduki PT3 pada bulan 10 ini . Moga persediaan ini akan dibawa masuk dewan peperiksaan . Result PT3 penentu untuk aku tahun hadapan . adakah aku kekal ke sekolah lama aku atau aku akan keluar .? moga-moga family bersetuju bagi aku berdekari form 4 hingga form 5 :) InsyaAllah doa senjata mukmin :) doa  banyak-banyak :) 

Hari ni result peperiksaan keluar  , so aku terlalu kecewa dan kecewa . Sampai 1 tahap tu aku dah mula untuk putus asa . aku dah malas untuk bangkit semula . puas aku bangkit kenapa tak dapat ? tak dapat ? apa yang aku mahu ? Allahu . Moga hati ini tabah menghadapinya . . Cukuplah aku berputus asa dengan result keluar hari ni . aku tahu . aku bukan budak U , budak SPM . apa-apa lah . aku bukan nak tunjuk . 

Aku tahu , PT3 tu bukan untuk apa . SPM menentukan aku 2 tahun akan datang . Sebab aku buat semua ni , macam aku menduduki SPM , walaupun aku hanya menduduki PT3 . huh ! Aku buat atas sebab niat aku dari awal tahun hingga akhir tahun ingin keluar sekolah tu ,dan nak pindah kesekolah lain . moga diberi petunjuk . :) 

Tak nak , 
Aku dah malas nak tunjuk aku ni 'putus asa' 'kecewa' 
aku kecewa 'sedih' terasa diri ini amat lemah menerimanya
Yah! 
aku tahu , 
Bukan rezeki aku tahun ni nak lulus semua. 
Kadang-kadang lumrah seorang manusia ni ,
adakala di atas ,
adakala di bawah . 
So , aku kena sabar , 
Ini bukan rezeki aku .
rezeki aku ada lah . 
Result sebenar PT3 nnti :) 

Syukran kak Farz , bagi ni . walaupun aku jadi anon . maaf sesangat haha :)

Kata-kata diatas ,
membuat aku bangkit semula untuk meneruskan perjalanan aku 
walaupun ia agak susah . 
Akhirnya akan senang jugakk :) 
InsyaAllah . 

Aku masih ingat kata-kata cikgu . 

"Kegagalan bukan sebab kita malas. Punca sebenarnya ialah , kita malas solat , berdoa , mengaji " 

Teringat kembali kata-kata tersebut . 

"Kalau nak berjaya teruskan kegagalan awak , awak lakukan yang terbaik , solat sunat , mengaji , niat kerana Allah , dan selalu berdoa . Bukan mengharapkan bantuan kawan atau guru waktu exam .bukan " 

Bangkit !
Bangkit ! 
Bangkit !

Sedarlah , kita harus berusaha sendiri tanpa bantuan orang lain . :) 

#4BulanLagi
#PT3 
Moga diberikan kesihatan yang sihat semasa PT3 :)