" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





K.U.A.T
Sunday, July 26, 2015 | 2:43 AM | 0Comment

Aku kena kuat 
dengan semua benda 
sebab semua benda dihadap mata aku 
adalah ujian dariNya . 

Aku malas nak mengeluh
Ujian dariNya cuba diterima 
dengan hati yang sabar .
aku buat ada sebab 
bukan suka-suka

Hakikatnya dulu 
aku menangis dengan benda 
tak berfaedah 
kejar cinta dunia tak kejar cinta dengan akhirat
dulu kejar cinta seorang ajnabi 
kenapa tak kejar cinta Allah dan Rasul ? 

Dulu aku pernah mengata orang
sampai satu saat aku terasa 
heh . 
Aku diam . diam seribu bahasa
sebab kalau kita semakin bising
benda tu tak akan habis 

Satu bulan berlalu 
Aku rasa benda tu melayang kat fikiran
kekadang aku focus dengan pelajaran
Kekadang aku hilang tumpuan 
atas sebab berfikir benda dah tertimpa 
diri sendiri . 

Bila malam raya . 
aku cuba nak wish "Selamat Hari Raya"
Untuk semua orang termasuk dia 
aku takut . then aku tak wish untuk semua
aku wish dekat orang tertentu .

Sehari suntuk aku tak on ask 
sebab beraya dekat kampung 
tetiba je ada anon wish selamat hari raya
aku buat kenal je lah 
aku lupakan segala-galanya 
pada waktu raya . 

Kalau aku ingat waktu raya pun 
maybe aku dah menangis 
menangis macam org "setengah" 
Hah . 
Aku lupakan je lah 

Malas nak terhegeh-hegeh 
dah orang tak nak . 
Biar Allah je tahu 
dia dah maafkan ke belum . 

Aku cuba gembirakan 
perasaan aku ni yang bercampur baur
macam dalam masakan -.-' 
eh . 
Haha 

Bila aku gelak ke apa ke 
Aku nak hilangkan kesedihan aku 
Dengan cara tu je aku mampu 
hilangkan semua kesalahan aku 
dengan dia dan semua orang
itu aku mampu 

Kalau aku dah tak kuat 
memang aku cuba luah dekat 
seseorang memang tu dah aku
tak mampu tahan semua . 

Sampai satu tahap , 
kalau dia dah maafkan aku , 
aku nak dia benci aku 
benci aku sebab aku 
terumpat dia .stop.

Bila aku buat kata macam ni . 
"Haruskah aku suruh orang yang maafkan aku , bencikan aku balik ? " 
Terlalu banyak tanda tanya . 

Heh . 
Itu aku mampu je lah . 
malas nak beban kepala aku dengan benda ni . sebab aku nak trial PT3 tak lama lagi . 
aku buat-buat ready je . 
Doakan aku kuat tempuhi semua ni . 
Sebab aku nak kuat semua ni . nak hilangkan benda yang berlaku 1 bulan yang lepas tak aku bawa masuk dewan exam dan trial exam nanti .

Usaha + Doa + Tawakal 
Kuat demi Allah . 
Kuat demi kesayangan 

Kalau bukan kerana kesayangan , 
aku tak kuat , 
aku jatuh . 
Jatuh tanpa bantuan . 

Syukran kesayangan aku , 
:) 

-TulipBerduri-
-KuSarawak-
-Aqif-
-Fy- 

#TrialPT3
#Ready 
#AllahYuftahAlaikum
#UsahaTanggaKejayaan

Birthday coming . :) 
Haha .