" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Kisah Hari Ini
Monday, August 10, 2015 | 3:28 PM | 0Comment

Assalamualaikum and Hai , 

Lama tidak menaip tanpa disedari wajah blog pun berubah sebab aku malas update dan malas nak buka blog. Singgah blog orang nak . Haha . Kekadang aku terfikir juga lah , 

"Kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa memang nak update blog sesangat " 

Haha . Kekadang aku fikir 

"Eh,tak payah je update blog PT3 nak dekat " 

Pergh. Ini aku . Kekadang 'lalala' seorang diri , hehe . Kekadang kan dekat kelas bila  mood aku syok-syok belajar bukan main focus dengan subjek itu dan ini , tetiba ada orang tegur

"Afiqah tolong aku kejap"

Ya Allah, aku banyak mengeluh sebab ni je . Aku syok-syok belajar diorang nak belajar . Tapi fikiran aku paling pelik . Tengok meja kosong sebelah kanan . Aku tak kisah lah , aku tinggalkan kawan aku yang duduk sebelah  ,sampai dia merajuk . haha . Menangis dia bila aku buat macam tu . Macam lah aku ni pergi duduk dekat situ terus lenyap , Adehhh . 

Ada satu hari tu kan , aku tahu meja depan tu kosong . aku bagitahu dia 

"Ema, aku nak duduk depan boleh tak ?" 

Lama gila dia nak jawab aku pun berangkat lah dari tempat duduk aku terus pergi meja dekat depan . Tetiba dia menjerit . kah .

"Afiqah mari sini kau , tampa kang eee "

Nada dia , ya Allah , memang marah betul siapa suruh . Aku cakap baik-baik dia buat tak tahu dekat aku . so , ambil pilihan berangkat dari situ je lah . haha

Dengan sindir menyindir dia dekat aku aduhh . Aku punya geram sangat . Satu cara je suruh dia lembut balik . cucuk je perut dia , dia akan melatah-latah kat situ . Aku dengan senang hati gelakkan dia . hoho . 

Hari ini punya cerita , 
Waktu lepas rehat , waktu pendidikan Islam . Aku makan kacang sambil makan , walaupun dah di nasihati oleh kawan 

"Afiqah, kalau aku tengok kau makan kacang lagi siap kau"

Siap warning aku jangan suruh makan kacang tu je haha . Makan punya makan . terlintas lah budak lelaki dalam kelas 3F -.- dia bagitahu aku 

"Apa hal kau senyum ? "

Aku kunyah kacang sampai habis then jawab soalan dia 

"Suka hati aku lah , kalau aku tak senyum nanti orang kata sombong , baik aku senyum " 

Lelaki tu pun gelak . Minta pelempang . Geram + Sakit hati aku macam ni . Pastukan . Ustazah masuk . 

Habis baca doa apa semua duduk . Ustazah gitahu 

"Mana kerja rumah kamu orang ? Siap ? "

Semua membisu . membisu sampai lah ustazah marah . 

" Kalau macam ni baik kita pergi gelanggang sekarang "
"Siapa belum siap ?Berdiri ? " 

Ramai sungguh yang berdiri . Tinggal aku dan Aisyah yang dah siap . hahaha . 
So, kami 2 terpaksa ikut bersama . Tapi tak duduk kat gelanggang lah . duduk dekat foyer . perghhh . tengok orang kena injection . kahkah . aku yang gelak . 

Masuk cerita pasal budak form 1 kena injection -.- 
Ni sapa-sapa tak tahu injection apa . Siapa pernah kena injection 2 tahun yang lepas ? 3 dos sekali -.- Aduhh . Aku nak injection balik haha 

*Masuk cerita*

Ada lah seorang budak ni , belum doktor cucok dengan injection dia menangis kuat aduhh . sampai hentak kaki . pegang sikit je pon . haha lul . keyh . Pastu datang lah doctor sorang ni pegang dia . haih . macam budak umur 7 tahun . kalau 7 tahun percaya aku tadi . ni 13 tahun aduhh . injection dos 2 bukan macam kami dik . kami 3 dos dulu dik . tapi kami tak nangis pun macam adik .. Haha . 

Kuat betul gelak kmi tengok diorang menangis hahaha .. 

InsyaAllah , Jika diizinkan aku akan update kisah berlaku 17.08 nanti . 
Heh

Doakan semua pelajar Tingkatan 3 yang akan mengambil PT3 tahun ni . 
Menjawab dengan tenangnya . 
Esok bermula sudah 
Ujian Mendengar bagi BM dan BI
Seterusnya , 
Ujian Bertutur bagi BM dan BI 
Dan akhir sekali 
Ujian IMK . 

Ni gurau kami dengan PK 1 tadi . 

PK 1 ask 
"Apa maksud IMK ?" 

Student jawab 
" I = Impian
 M= Menjadi
 K= Kenyataan " 

PK 1 ask again 

" Betul ke ? IMK ni tentang kejayaan kamu orang lepas PT3 "


Tamat~