" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Apa Terjadi?
Sunday, October 25, 2015 | 8:59 PM | 0Comment

Assalamualaikum
Lama tak update ni. Idea memang ada nak update tapi terasa malas dan malas untuk menaip. Sila berhuhu. K dalam perut aku dah menari-menari mengeluarkan pelbagai not-not muzik. Em. Silap tajuk ke apa aku ni. Huhu.

Banyak peristiwa dalam sejarah aku alami selama aku tak update blog. Aku memang rasa nak on blog pastu off balik. Itu kerja aku. Jangan risau. Kekadang aku blogwalking blog-blog orang walaupun malas nak update.

Paling aku sedih sekarang. Abah Myraniss sakit. Lama dah aku tahu. Kekadang aku nak ambil perkembangan diorang. Huhu. Tadi aku baca wall ask.fm Myraniss. Allahu. Nak leleh air mata aku. Aku tahan. Sebab dia lagi sedih. Dia adalah seorang anak pertama. Dan berhak untuk menjaga adik-beradik lain yang masih kecil. Lama abah dia sakit. Aku tak nak taip panjang lebar. Aku akan leleh air mata lepasni. So. Aku mohon-mohon dan mohon. Para pembaca. Tolong doakan kesihatan abah Nur Amira Anis (Myraniss) Sembuh sedia kala seperti dulu. Kuatkan diri abah dia supaya dapat lawan sakit dia. Berilah kesabaran dan ketabahan hidup keluarga mereka. Doakan. Aku tak dapat nak melawat. Aku jauh. Aku kena fly ke negeri orang. Aku tak mampu fly sorang-sorang.Huhu. Mohon doa.

Semalam dan hari ini pergi kenduri. Huhu. Bila pergi kenduri mestilah makan en. Tak akan nak duduk bersimpuh ala-ala dirumah sendiri. Kalau korang pergi kenduri orang atau family terdekat. Korang tengok pengantin lelaki or pengantin perempuan ? Haha. Kekadang ada yang suka pergi kenduri orang ni suka tengok pelamin orang haha. Yang ni aku nak gelak. Haha. Kalau aku la yeh. Aku p kenduri tak ada aku nak p tengok muka pengantin-pengantin tu. Aku p tengok orang makan apa. Pastu masuk kereta aku gitahu mama. Masakan dirumah pengantin . Hahaha. Macam la aku yang masak sedap sangat kahkah.

Hari ini. Pergi kilang orang buat keropok. Tapi aku bukan tengok orang buat keropok. Aku p tengok orang beli keropok pastu jual hoho. Sebelum keluar kereta aku campak keluar dulu kasut tumit tinggi. Sebab dalam kereta tu sempit sebab kerusi belakang dibukak. Banyak betul sebab aku ni. Ayat aku best sikit. Ceh perasan. Kembali kepada cerita. Selepas aku campak tu en. Aku lompat. Aku ingat kepala aku dah keluar dari pintu kereta. Haha. So aku lompat nak pasang kasut tu. Tuptup kepala aku terhantuk tepat-tepat dekat pintu kereta. Ambik kau. Haha.

Pastu dah habis semua beli keropok aku masuk la. Terhantuk balik kepala aku dekat pintu tu. Huhu. Tak pasal-pasal kepala aku berpusing-pusing macam orang putarkan aku 180 darjah. Huhu. Dalam perjalanan balik tu aku tidur. Twin kat tepi siap snap pic. Lel . Huhu.

Esok Minggu kedua Pasca PT3.
Sekejap masa berlalu.
11/11/15 cuti.
Yahooo.

P/s: Aku mohon doakan Abah Amira Anis sembuh. Mohon.

The end story