" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Program Kerohanian dan Restu Ilmu Tingkatan 3 dan 5
Sunday, October 4, 2015 | 6:13 PM | 3Comment

Assalamualaikum.

Aku update blog balik walaupun PT3 minggu satu lagi. Isnin ni pejutan terakhir untuk kami. Aku dapat rasakan ke'nervous' dalam diri aku mulai saat tibanya 1 oktober. 

Banyak program bermula dari 2 oktober hingga 3 oktober.

2 oktober 2015 - Program Motivasi Diri ''Ada Apa Dengan Cinta''
3 oktober 2015- Program Kerohanian dan Restu Ilmu Tingkatan 3 dan 5.

Okeh. 
Aku ambil Program Kerohanian dan Restu Ilmu Tingkatan 3 dan 5.

Aku mula bercerita tolong senyap. Haha.

-Awal pagi-

Lingkungan 6:30pagi, Mama aku gerakan aku dan cakap

"Kakak, tak pergi sekolah? "
"Ehh" Terus bangun buka pintu beranda rumah. Dengan terkejut. Hoii. Kawan sekelas dah datang. Aku ni ? Masih guna baju tidur. Haha. Mandi punya mandi tak sarapan telajak subuh penat dengan program petang jumaat ( Program Motivasi Ada Apa Dengan Cinta balik dalam pukul 5:30) . Dah siap mandi. Minum air tak makan sampai habis program tu. Kau rasa ? Ada rasa nak pengsan? Hehe. Aku tak ada. Aku sado k tolong muntahkan. 

Aku pergi sekolah dalam pukul 6:45pagi, dah terang menderang kecoh aku waktu tu.Takut sebab pelajar Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dah masuk kelas. Datang-datang dengan muka macam tak tahu apa-apa terjadi. Budak lelaki Tingkatan 1 pun ternganga tengok aku mungkin tengok muka aku ''feeling nervous'' kot dan kot. Tapi muka dia ala-ala orang arab. Tak ke cair . ._. Jatuh iman aku lepas ni cakap benda alah tu. Haha.

Aku belum masuk barisan kelas pun cikgu dah bagitahu

"Semua pelajar berdiri " Guru displin sedang bercakap.

Aku berdiri dan ikut orang menyanyi je la ~. Habis nyanyi orang suruh duduk haha.  Nasib aku seorang datang dekat program tu kalau abang+twins aku datang alamatnya haha. Doakan semoga Twins dan Abang aku cepat sembuh dari chikenpox. Twins aku nak PT3 tahun ni termasuk aku. Hah. Abang aku SPM tahun ni. Tinggal beberapa minggu bukan bulan tolak sabtu dan ahad. *keluar tajuk*

7:30pagi macam tu, kami bersurai ikut kelas bergerak ke  Dewan Sri Utama ambil kehadiran dan ibubapa pun mendaftar diri. Haha. Lepas tu lingkungan 

8:00pagi selesai semua pendaftaran Cikgu Farid a.k.a crush kawan aku dan semua pelajar sekolah bukan aku. Aku tak nak. Ehh. Cikgu pun nak jadi crush adeh menyampah doh. Gigi dia ada gigi taring oii. Cikgu tu bagi ucapan

"Pelajar muslim dan ibubapa muslim dijemput ke surau untuk solat hajat bersama."

Aku tercari-cari dimanakah ayah aku . Jap *ambil pembesar suara*

''Ayaaaaahhhh"

Okeyh aku tak buat macam tu. Sorry to say. ! *acah2 speaking jap* Ayah aku lambat sampai walaupun rumah dekat berdepan dengan Dewan Sri Utama. Aku pula yang nervous sebab aku gitahu

"Pelajar datang bersama ibubapa" 

Haha,walhal datang sorang diri dulu. Baru ibubapa. So kawan aku sebelah ( Chacha ) pun tengah cari bapa dia haha. Pastukan dia gitahu aku

"Pyqah, ayah aku tak datang weh?" mengelabah doo.

Pastu duduk dalam saf solat, dia tepuk cubit aku cubit manja je . biasalah kawan. :3 Pastu gitahu aku

"Yea Yea ayah aku datang muka slamber dia buat happy dalam surau. Aku geleng kepala"

Solat hajat dah selesai dan mendengar tazkirah selepas solat hajat. Jap loading apa yang di tazkirah oleh Ust dari Kelab Remaja Hikmah. *jap2.*

Aku pun tak ingat dah. Haih. Aku ni. Bukan main duduk saf ke dua ._. Fikiran ke lain sewaktu penceramah menyampai ni. Hahaha. 

Habis dalam surau, salam dengan cikgu. Aku terpijak skirt kawan didepan terus melompat macam terjumpa katak ._. Hahaha. Ustzh yang aku salam pun dia cakap

"Ehhh,budak ni "

hahaha._. malu siottt. *tutup muka* haha. Terus beredar ke Dewan. Aku tercari dimana ayah dimana ayah. Ok. Aku tarik ayah aku. Duduk tepi aku. Tapi aku tak tarik ._. aku suruh jalan. Nak tahu? Ngek, betul aku ni ._. aku penakut dengan ayah *piss* kalau mak aku datang tak hal gak hahaha. First tyme deh. Ayah aku datang sewaktu program macam ni dulu mak aku ja. Hahaha. Akibatnya._.

Pastu ucapan pengetua,PIBG & pihak PPD Mukah. Baru la ceramah. Aku skip ucapan ni. Aku tak reti nak berucap :P Haha. *orang tak suruh kau berucap orang suruh ceritakan seringkas-ringkasnya*

Dah selesai semua ucapan-ucapan dari pihak atasan. Bermula program kami dengan doa, mula tu aku tak nangis. Last ceramah tu baru aku nangis teresak-esak. *ingat sampai ke harini* Haha. Pastu penceramah tu cakap

"Pusingkan kerusi kamu menghadap ibubapa" 

So aku pusingkan la. Ceramah tu cakap 1 per 1

" Tolong pegang tangan ibu , kalau tak ada ibu pegang tangan ayah"

Aku pegang. Pastu penceramah tu cakap ayat-ayat sedih. Aku menangis la. First tu la. Sado konon cair juga._.

Penceramah tu cakap lagi 

"Peluk ibu atau ayah sekuat-kuatnya"

K pertama kali aku peluk ayah. Dulu kecik-kecik suka main peluk kekadang dia urut. Haha. Dah besar panjang malu sikit. Ya, tahu tak payah malu peluk ayah or ibu depan orang ramai :) Aku peluk. Basah baju ayah

Penceramah cakap lagi

"Bagi satu ayat dekat telinga ayah"

1  pun aku tak cakap ._. kau tahu ? aku tak ada nafas nak sedut tangisan aku ni. So, tak ada ucapan la._. hahaha. 

Habis semua tu. Lagi aku menangis. Pastu Penceramah tu suruh ibu dan ayah bagi kata-kata motivasi dekat anak-anak. Aku pun menangis balik huhu. 

Pastu kena suap buah anggur ada 1 sampul cikgu bagi. Aku ingat ''duit'' hahaha. Mata duitan sungguh aku ni hahaha. Kena tembak baru tahu ._. tembak weh tembak huhu.

Aku buka. Cikgu bagi kata-kata semangat. Huhu. :) Alhamdulilah. 

Habis Program, ingatkan nak selfie dengan kawan-kawan alamatnya tak dapat ._. Haha. Balik rumah. Sampai sekarang janggal nak tengok muka sebab kisah aku nangis bergetar badan. Waktu aku menangis tu aku tak makan langsung. Dari datang sekolah sampai balik rumah. Aku makan dirumah je. Sebab tu badan aku bergetar+pening. 

Ok tu je. 

Alhamdulilah.

Doakan Adik dan Abang aku cepat sembuh dari chikenpox.

12/10/2015 PT3 bermula. 

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan
-Jordan Tetap dihati-