" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Sahabat
Tuesday, October 27, 2015 | 7:16 PM | 0Comment

Sahabat
Kau teman paling aku sayangi
Tiada tempat untuk aku mengadu masalah
Kau tempat paling setia untuk aku

Sahabat
Kau hadir saat aku susah dan senang
Kau hadir bila-bila waktu
Tanpa jemu untuk meninggalkan aku bersendirian
Kau seorang yang kuat.

Sahabat
Kau tempat aku menerima nasihat
Kau tempat aku memulihkan semangat
Menjadi seorang insan yang berguna.

Sahabat
Tika kau hadir tanpa aku sedari
Kau hadir membawa makna dalam hidupku
Kau tak pernah mengecewakan aku
Aku banyak mengecewakan kau

Sahabat
Saat aku memerlukan pertolongan
Kau berusaha sehabis baik untuk membantu
Walaupun pelbagai halangan kau tempuhi 
Demi aku

Sahabat
Kau teman dan kau sahabatku
Kau sahabat yang pernah aku kenal
Walaupun di alam maya
Kau tak pernah mengecewakan aku

Sahabat
Aku mendoakan supaya dapat berjumpa kau
Tak di dunia
Syurga Allah menanti kita disana
Kita berkumpul beramai-ramai.

Berdoa,
Semoga ukhuwah yang telah dijalinkan beberapa tahun,
Atau bulan.
Berkekalan hingga ke syurga Allah :)
Aamiin.

-Jordan Tetap Di Hati-
-Tawakkal-