" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Bangga.
Tuesday, November 17, 2015 | 4:19 PM | 2Comment

Assalamualaikum.

HepHepHurray. Aku kebosanan duduk mereput dalam bilik sekejap ambil angin luar. Duduk dekat ruang tamu heh goyang kaki aku reti ni. Sebab waktu sekolah aku bertungkus lumus memerahkan idea, menajamkan ingatan, mefokus dalam pelajaran , bergosip, dan sebagainya aku lakukan apabila di waktu sekolah.

Sekarang Cuti Sekolah. Tak sampai seminggu cuti kot. Rindu nak guna baju kurung sekolah, baju kelas, baju t-shirt sekolah, seluar treck. Macam-macam semua aku nak list macam tak ada benda lain aku nak list.

Sekarang heboh pasal result UPSR. Kepada adik-adik yang mempunyai blogger, Akak mengucapkan Tahniah, atas kejayaan adik-adik mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, Kepada adik-adik kakak yang  kakak kasihi cehh habis lahh.. Yang gagal dan tak seberapa nak lulus tu, Adik jangan ingat kejayaan adik hanya di UPSR. Bukan :)) Ada lagi yang akan datang. So, teruskan maju kehadapan.. Tahniah sekali lagi. ^.^

***

Dulu aku ambil UPSR ( 2012 ),
Waktu nak ambil result tu, Akak-Akak kerani dekat sekolah tu pun dah tampal senarai nama pelajar UPSR. Aku punya check la result aku. Amboi.. 1 gagal. Menangis kejap. Tengok kawan lulus penuh en ? Hee.. Aku tak menangis tu pun sikit pastu lap tak ada air mata pun.

Bila aku ingat, Kata-kata cikgu tu

"Afiqah, tingkatkan lagi usaha ya " cikgu tu senyum sambil tepuk belakang aku.

Sebelum UPSR aku pasang niat

" Aku nak banggakan ibubapa aku dengan result UPSR 5A nanti. "

Niat aku dulu.. Hancur.. Aku semakin takut meletakkan harapan paling tinggi untuk semua ini. Sebab ini la.. Nevermind, aku bangga jugak walaupun tak lulus untuk UPSR. Bangga dengan result yang cantik. Cehh..

Sekarang, PT3 ( 2015 ),
Aku semakkan skor pada khamis lepas sebelum cuti sekolah hari tu. Aku dapat tahu ada 2 subjek aku gagal untuk PT3 tahun ini.. First tu aku fikir antara 2 . Nak bagitahu mama ke tak eh ? Jap. Balik rumah aku gitahu la Mama..

"Mama, Kakak lulus 4 gagal 2 " Senyum dalam hati siapa tahu.
"Hmm"

Walaupun aku belum dapat result untuk PT3, tapi syukur la dapat skor kan ?? Hee.. Sebelum PT3 gak aku ada pasangkan niat

"Aku kena banggakan makayah untuk result PT3, aku tak nak kecewakan mereka "

Tengok niat aku kan ? :)) Hancur sekali lagi. Tapi aku cakap dekat diri aku.

"Tak apa , rezeki aku bukan untuk kedua-dua result ni ( UPSR & PT3) ya, bukan rezeki aku , aku nak menangis tak guna sebab kalau aku menangis markah tu mana dapat jadi ajaib bertukar sendiri. Hahaha.. "

" Mungkin rezeki aku hanya ada di SPM 2017 InsyaAllah. Sijil penting untuk semua. Aku cuba sedaya aku . Buktikan aku ni dapat bukan aku lemah. Aku kena berjaya macam orang lain. tak akan aku kena hidup macam orang tak ada result yg lulus. "

Aku bagitahu Elis lah pasal ni.

" Kuatnya Fiq "

" Elis, Fiq tak dapat banggakan mak ayah guna result PT3 la. :) Fiq tahu tu bukan rezeki fiq nak lulus PT3 untuk tahun ini. Mungkin SPM nanti ? InsyaAllah.. "

"InsyaAllah Fiq"

Aku bangga juga,
Kalau tak bangga atas sebab kau tak lulus PT3 , UPSR pa semua.
Kau tahukan ? Kau tak ada rezeki untuk result tu..
Kau rancangkan kau nak lulus penuh untuk semua result.
Pastu kau sedih sebab ada gagal.
Perancangan Allah lebih baik. :)) Hee

**
Mungkin diri ini semakin lalai dengan duniawi. Yang sementara ini menyebabkan aku semakin jauh dengan-Nya. .

Kekuatan untuk maju kehadapan aku masih ada untuk tahun hadapan dan tahun mencabar untuk aku pada tahun 2017 nanti.. :)

Aku tahu,
Agak lemah dengan subjek yang lain.
Aku bangga.
Bangga dengan usaha yang aku buat.
Solat , study , bangun awal , solat sunat pa semua. Bukan aku nak riak
Aku bangga buat semua ni.
Tanpa pengetahuan family
Aku buat, Aku search MR. GOOGLE untuk semua ini..

Walaupun harapan.
Aku nak banggakan ibubapa aku dah hancur.
Hancur tu tak semua.
Mungkin hancur dengan niat yang aku buat.
Niat dan Niat
Tanpa membuat 1 tindakan yang terbaik..

**
Aku bangga dengan kedua-dua result ni.
Bangga dengan usaha aku buat selama ini
Tanpa disedari,
Usaha aku buat ni ,
Menambah semangat aku untuk terus maju ke hadapan.
Ingin mengambil segulung ijazah.

Chewaahhh!!!..

**

-SelamatMajuJaya-
Jangan pernah putus asa untuk result ini.
Rezeki ada dimana-mana..
:)) *piss..

Aku rindu weyh! HAHA. :))

Doakan yang terbaik untuk tahun depan ..