" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Alhamdulilah. Tahniah.
Monday, December 14, 2015 | 2:41 PM | 0Comment

Assalamualaikum.

Malam tadi bukan main aku nervous. Haha. Tak tidur sampai pukul 3. Bangun pukul 6 gitu pening kepala hoi. sampai sekarang aku dapat merasaikan kepeningan itu -_- tolong sembuhkan dengan tidur selepas zohor. Lala~ Tapi mata aku tak terlelap ni la. susahnya. Hm.

By the way,

Aku bekas calon PT3 dan 2 tahun akan datang aku akan jadi calon SPM. ambik kau. Ingat honeymoon sangat . pui. perasan kau fiqah fiqah . Kau honeymoon tak pasal-pasal laptop kau kena rampas dengan ayah. Padan muka .

Jadi pada hari ini aku ambil result. Kali pertama aku nervous bagai nak rak. Aku rela dengar orang menjerit bila dapat result A . Aku bangga dengan result aku. Tapi aku tak nak post gambar tu dekat blog. Biar orang berkenamaan je ambil tau.

Ceh. Berkenamaan sangat . Jadi aku syukur bila dapat rezeki macam tu .Sebab aku dah berusaha lebih gigih untuk dapatkan keputusan yang baik.

**

Kepada yang seumur dengan aku / saya ,

Aku/saya , ingin mengucap tahniah kepada semua. Yang berjaya jangan bangga dulu nanti kau menyesal aku tak tanggung diri kau yang tanggung sebab kau terlebih bangga dengan result semua A aku bukan jeles nak mati kah. ok. Yang gagal jangan menangis meraung-raung. Kau menangis macam tu , macam kau tak syukur apa kau dapat. Dah kau usaha setakat tu kau dapat. Jangan terus kecewa. Aku tak kecewa. Aku kuat. Sebab masih ada rezeki di mana-mana untuk aku berjaya.

Tahniah sekali lagi!

-Jordan Tetap Dihati -