" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Belum Atau Dah Bersedia.
Saturday, January 2, 2016 | 6:44 AM | 2Comment

Assalamualaikum. Selamat Pagi. Lembaran kedua untuk 2016. Alhamdulilah. Aku pulak tak tidur dari malam tadi.Memang mencari masalah betul aku sekarang ni. Sabar ye sabar. Aku budak baik #JanganKecamDulu. Aku pun nak update banyak-banyak. Idea pun berterabur je ni minta di salinkan.

Almaklum. Esok 3.1.2016 aku dah berdaftar menjadi pelajar Tingkatan 4. Tingkatan 4 aku tak tahu. Kelas apa. Aliran apa. Tapi aku mohon sesangat aku dapat masuk kelas sains. Itu aje harapan aku. Kerana aku tidak berminat dalam bidang sastera dan lukisan. Aku tak mampu nak pegang semua alat-alat lukisan deh.

Dah lah aku dengan twin aku lagi bersekolah. Nasib abang aku tu dah 'blah' menanti result sebelum menanti result. Pihak yang menganjurkan PLKN pun dia dah kena panggil. Akan pergi bulan 3 ni. Aku pun tak tahu. Dia mana nak tunjuk surat chenta dari Pihak sana. Kehkeh. Tunjuk dekat Mama ajeww laargghhh!!. 

Aku pun belek-belek kertas yuran tu. Sastera RM100+ cenggitu dan Sains RM98+ entah berapa sen. Belum termasuk lagi buku latihan dekat koperasi sekolah. Memang sah yuran kami dua ni. Bayangkan kalau dua-dua masuk sastera phew. Macam daun gugur je duit keluar. hahahaha.

Dulu aku tak beli buku logo sekolah. Beberapa hari nak cuti baru cikgu umumkan

''Pelajar wajib membeli buku dari koperasi sekolah dan pelajar tidak dibenarkan menggunakan buku luar ''

Okeyh! Fine. Menyusahkan aku. Esok kena bawa beg. Aku sebenarnya memang malas nak bawa beg sebab apa ? Buku teks aku kena bawa esok bersama buku latihan yang banyak dalam beg. Makaih. Redha jela..

Mengharapkan aku dapat Aliran sains ICT pun cukup. Asalkan aku dapat title ''SAINS'' Hahahaha. Menggantikan tempat abang aku yang mengambil ''SAINS TULEN'' bebenoo.. Haaa. Harap sangat antara pelajar kelas 3 E akan ada bersama aku untuk esok hari. Tak nak lelaki. Nak perempuan. hahahaha. Lel~

Jadi, Orientasi Untuk Tingkatan 4 menanti Minggu ke-2 Januari. Lemas aku! Hahahaa. Orientasi Tingkatan 1 2013 dah buat. Le ni nak buat lagi. adehhh.. Aku nak je hentak hentuk semua barang ni sebenarnya. Grr. Sabar ajewlah. Wahai hati ingin belajar. hahahaha.

Apa lagi aku nak bebel ni . Haaa.

Aku rasa sampai disini sahaja bebelan aku tak sampai 1 hari aku taip ni. Hahaaha..Udaudauda.Udaudaaa.. hahahaha

-Jordan Di Hati-