" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Syair Yang Membuat Imam Ahmad Menangis
Sunday, January 10, 2016 | 10:23 PM | 0Comment

Assalamualaikum. 

Nak share sesuatu. Malam tadi aku cuba download mana-mana syair dan nasyid. Tetiba ter'click' 

''Syair Yang Membuat Imam Ahmad Menangis''

Dalam hati terdetik nak dengar. Terus download. Phew. Menusuk kalbu ayat-ayat di ungkapkan. :')




Maksud Bahasa Arab Dan Bahasa Melayu.

                                                 إذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أمَا استحييتَ تَعصينِي
                                           Jika Tuhanku bertanya pada ku..
                                   Tidak malukah kau bermaksiat pada Ku?

                                     وتُخفي الذَّنبَ عن خَلْقي وبالعصيان تأتيني
Engkau menutupi dosamu dari makhluk-Ku..
Tapi dengan kemaksiatan engkau mendatangi-Ku

  فكيف أجيب يا ويحي ومن ذا سوف يحميني                              
                Maka bagaimana aku menjawabnya? Aduhai, celakalah aku dan
Siapa yang mampu melindungiku?             

    أسلي النفس بالآمال من حين إلى حينِ                
Aku terus menghibur jiwaku dengan angan-angan
Dari waktu ke waktu

وأنسى ما وراء الموتِ ماذا بعدُ تكفيني
Dan aku lalai terhadap apa yang akan datang setelah kematian dan
apa yang akan datang setelah aku dikafani     

كأني قد ضمِنْتُ العيشَ ليس الموت يأتيني
Seolah-olah aku akan hidup selamanya dan kematian 
tidak menghampiriku

جاءت سكرة الموتِ الشديدةُ من سيَحْميني
Dan ketika sakarut maut yang sangat berat datang
menghampiriku, siapakah yang mampu melindungiku ?

نظرتُ إلى الوجوهِ أليسَ منهم من سيفديني
Aku melihat wajah-wajah manusia, tidakkah ada diantara
mereka yang akan menebusku ?

سأُسْأَل ما الذي قدَّمتُ في دنيايَ يُنجيني
Aku akan ditanya tentang apa yang telah aku persiapkan 
Untuk dapat menyelamatkanku ( di hari pembalasan )

فكيف إجابتي من بعدُ ما فرَّطتُ في ديني
Maka bagaimanakah aku dapat menjawabnya setelah aku 
melupakan agamaku

ويا ويحي ألم أسمع كلام الله يدعوني
Aduhai sungguh celakalah aku, tidakkah aku mendengar
firman Allah yang menyeruku?

ألم أسمع بما قد جاء في قافٍ وياسينِ
Tidakkah aku mendengar apa yang datang kepadaku ( dalam surat )
Qaaf dan Yaasin itu ?

ألم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والديني
Tidakkah aku mendengar tentang hari kebangkitan, hari dikumpulkannya ( manusia )
dan hari pembalasan ?

ألم أسمع منادي الموتِ يدعوني يناديني
Tidakkah aku mendengar panggilan kematian yang selalu 
menyeruku, memanggilku?

فيَا ربَّاه عبدٌ تائبٌ من ذا سيأويني
Maka Wahai Tuhan-Ku, akulah hambamu yang ingin bertaubat,
siapakah yang dapat melindungiku?

سوى ربٍّ غفورٍ واسعٍ للحقِّ يهديني
Melainkan Tuhan-Ku yang Maha Pengampun lagi Maha Luas Kurnianya,
Dialah yang memberikan hidayah kepadaku

أتيتُ إليك فارحمني وثقِّل فِي موازينِي
Aku datang kepada-Mu, maka rahmatilah diriku
dan beratkanlah timbangan ( kebaikanku )

وخفف في جزائي أنت أرجى من يُجازيني
Ringankanlah hukumanku, sesungguhnya
hanya Engkau yang kuharapkan pahalanya untukku.


-JORDAN TETAP DI HATI-