" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Diam lebih baik.
Sunday, September 4, 2016 | 5:27 PM | 2Comment


Orang selalu tanya aku, 

''Mana hilangnya diri kau dulu Afiqah, yang selalu kuat menghadapi dugaan. Cuba kuat macam dulu''

Mungkin aku kehilangan kata-kata semangat dari orang tersayang kot. Tapi aku tak salahkan mereka. Aku yang salah. Tak nak berdiri selepas jatuh. Orang lepas jatuh cepat-cepat bangkit. 

Tapi aku?
Menangis dan menangis.

Orang pujuk, 

''Menangis lah puas-puas. Nanti dah rasa baik. Pergi tidur. '' 

Tapi aku tak, 
Aku menangis sekejap. 
Aku duduk. 
Aku sibukkan diri walaupun air mata masih mengalir. 
Sebab aku jenis susah nak menangis.

Mungkin terlalu banyak sangat memendam
Sehinggakan susah untuk meluah. 
Aku lebih suka memendam

''Kalau ada masalah ada waktu diluah. Ada waktu tak diluah. Baik sorok masalah. Buat senyum depan orang. ''

Aku rasa memang tak patut diluah.
Cukup disimpan untuk diri sendiri lebih baik.
Itulah lebih afdal. Hahaha. 

Haih. 

Bila diri ini kena hasutan syaitoooonnnn nirojimmmm.. haaa.
Suka lahh nak menipu orang kahkah. 
Alhamdulilah, aku sedar daripada kesilapan. Huhu.

''Berkelakuan jujur la kamu daripada membohongi. Ia akan mendatangkan kebinasaan kepada diri sendiri dan mampu menyakiti hati orang lain''

K ayat ini aku suka guna. 
Sebab aku banyak salah dekat orang. 
Aku sedar ke tak sedar.
Sebab aku ni seorang manusia.
Takkan lari daripada melakukan dosa. 

''Minta maaf, sebab aku banyak buat salah dekat kau tanpa disedari mahupun disedari. Ini memang salah aku. Tapi aku mohon maaf awal-awal sebab mati tak mengenal usia. Waktu baby pun ada yang mati. Itulah. InshaAllah aku cuba memberi kejujuran lepas ini. Demi menjernihkan lagi keadaan yang keruh hahahahaha... ayattt... InshaAllah. ''

Semoga urusan aku dipermudahkan. 
Semoga hidup ini diberkati olehNya dan dirahmati.
Yang baik datang dari Allah, Yang kurang baik itu datang diri sendiri. 
InshaAllah doakan. 

-Assalamualaikum-
-Sebenarnya aku rindu- 
-Tapi aku diam- 

Hahaha.

p/s : Entry agak panjang. Kerana idea aku banyak diperahkan. huhu