" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





HUJAN
Tuesday, October 4, 2016 | 5:10 AM | 0Comment



Assalamualaikum^^

Awal pagi dah berbunyi bilik air. Mesti ada yang rasa pelik tetiba aku bangun awal hari ni. Hahaha. Bukan apa, aku kemain set otak nak tidur dalam pukul 10 malam macam tu. Aku dah off semua laptop. Lampu bilik. 

Tapi mata aku tak nak tutup. 

Dari atas sampai ke hujung katil aku pusing-pusing tak dapat tidur. Dalam masa yang sama, perut aku cari masalah malam-malam. Dia ni lapar tak kira waktu. Heh! Jadi aku bawa tidur la perut lapar ni yang duk menyanyikan lagu laparnya. Hahaha.

Pukul 1 lebih ,
Tanpa melengahkan waktu aku masuk dapur minum air masak. Waaa. Bestnya. Perut pun berhenti menyanyi nyanyian laparnya. Aku pun di ulit lenanya. Sambil buka MP3 lagu. Deh, rindu aku nak buka MP3 tu bukan apa sepanjang tahun ni , benda alah bernama MP3 tak bersama aku disisi. Jap sedih. Hahaha. 

Pukul 3.30 pagi , 
Aku bangun. Walaupun aku rasa masih terhuyun-hayang macam tak ada tulang dekat badan --' k . haa. aku masuk bilik mandi terus mandi. Habis-habis mandi pergi ambil wudhuk solat sunat jap. Minta Allah beri ketenangan jiwa dan membuka pemikiran aku ni supaya tak sempit untuk menjawab exam bahasa melayu hari ini. 

Ada orang kata Bahasa Melayu ni senang. Senang didalam dirimu~ Ada yang gagal pulaaakkksss..Bahasa Melayu nii.. Hahahaha~ #TermasukDiriIni. kehkeh. First exam aku lulus exam BM, bila pertengahan ambik kauuu.. gagal balik. So kali ni buat yang terbaik laa.. 

Sanggup menahan mata mengantuk nii sebenarnya.. Bila dengar hujan kuat rasa nak sambung tidur. Buku pun dah tertutup dah pun hahaha. nampak sangat malas nak baca karangan aku ni~~~.. 


Subuh pun dah masuk. Hahaha~