" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Kembali kuat
Wednesday, October 19, 2016 | 10:39 PM | 0Comment

Assalamualaikum.

2 hari lepas memang aku tak ada mood nak update apa-apa. Kusut. Serabut habis. Sampai homework aku terbengkalai. Hingga ke hari ini homework aku dah siap. Alhamdulilah. Kawan-kawan, kakak-kakak memberi nasihat tanpa henti. Alhamdulilah.

Lepasni, nak move on. 

Dia kawan aku. Aku anggap kawan. Walau dalam diam aku suka dia. Nak buat macam mana, Allah lebih baik merancang untuk aku dan dia. Dan kawan pun cakap ''Daripada kau ingat pasal dia. Cuba kau ingat pasal SPM next year'' Semangat aku bangkit sikit demi sikit. 

Seorang datang cakap ''yang kau ni bagi harapan banyak sangat dengan dia dah kenapa?'' Aku jawab dengan tangisan sebelum keluar rehat ''aku sayang dia sangat-sangat. aku rindu dia sangat-sangat'' 

Bila lalu depan kelas orang. Ada pelajar kelas lain terkejut tengok mata aku hidung aku merah. --' biasalah aku mana pernah menangis hal macam ni. n aku tak pernah menangis dekat sekolah. Kalau aku nak menangis balik rumah. Ehh jap, aku pernah nangis pasal someone nak pindah. orang yang aku cerita sekarang laa. Haah. Aku menangis. Huhu. Entah sebab tetiba waktu dia pindah. Kehkeh. Balik rumah la aku menangis hal dia pindah kahkah. terbaikkk.. 

Sekarang aku kena belajar menerima hakikatlaaa.. Tak semestinyaa. Hohoho..Ya aku tak kuat. tapi aku kena kuat. kehkeh

#byee