" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Kesedihan melanda~
Monday, October 17, 2016 | 6:05 PM | 1Comment

Assalamualaikum. 

Alhamdulilah. Kem dah tamat semalam. Aku rasa kem kali ni paling best untuk aku sebab semua kawan-kawan rapat aku turut sertai. Alhamdulilah. Walaupun boring bak kata kawan. Tapi ada juga dapat ilmu kan? Jangan nak duduk rumah duk tiktoktiktok ngan telefon. Sampai lalai. Nasihat diri sendiri dan orang lain. 

Lepastu, tidur di masjid. tidur bual tidur bual last tertidur. Dengan mata kembang. Huhu. Awal pagi bangun fuhh. Kembang mata hahaha. Biasalah malam semalam kuat sangat menangis. Tanpa disedari kahkah. Haha. 

Balik dari kem, pinjam tab ayah jap. Nak sembang dengan someone. Rindu. Aku tak tahu lah macam mana nak kata. Aku betul-betul rindu dekat dia. Tapi aku tak nak mengaku. Hahaha. Ya aku degil. Degil tak nak luah. Nak apa aku luah? Kalau orang itu dah berpunya? Sakit hatikan? tapi aku tetap dengan pendirian aku. Aku nak bersendirian kali ini.

Aku cerita dengan kawan pasal ni semua ''Haaa.. Biar betul?'' Aku angguk dan lap air mata sebab apa? Aku malu lalu depan kelas orang dengan muka sedih-sedih. Muka orang lepas nangis. Bak kata kawan ''First tyme aku tengok kau menangis pasal cinta fiqah'' Hahahaha. Aku tak bercinta. Tapi aku crush dia dalam diam. Aku minat dia. But? Ntah. Aku terlalu beri harapan.

''Kau bagi harapan sangat dekat dia sampai kau jadi macam ni?'' Ya , aku bagi harapan. Aku sayang dia. Taktahu kenapa aku tetiba nak tanya dia pasal ''Single ke tak?'' Haa. Taktau. Aku bukan jenis yang dah dapat tahu orang yang aku suka dalam diam dah ada orang lain. Aku tak nak ganggu hubungan orang. Itu aku. Aku takut di anggap 'perampas' biasalah sekarang? takkan ke mana kot. Hahahaha

Dari semalam hingga ke sekolah aku bawa masalah ini. Tak seteruk ni aku bawa masalah pergi sekolah. Aku tak pernah bawa masalah ke sekolah. Aku bawa sebab aku tak sabar nak cerita dekat kawan. Sampai saat itu aku menangis tanpa sedar. Aku sakit kepala fikir semua ni. Ingat banyak benda. 

Aku hancur.
Aku beri harapan setinggi langit
Aku sedih. 
Aku nak blah dari semua orang. 
Aku sakit hati. 

Aku fikir, kenapa aku bagi harapan dekat orang bukan milik aku sebenarnya? Semua ni milik Allah. Walau sayang macam mana aku dekat dia. Dah dia bukan untuk aku kan? Ya aku anggap dia kawan. Kawan rapat lelaki. Aku sanggup tak nak ada lelaki nak berkawan rapat dengan aku. Kalau dekat wc dia seorang je lelaki dalam friend aku :)) Sebab aku tak suka banyak sangat lelaki. 

Aku tetapkan hati untuk lupakan semuanya. Aku nak focus untuk next year. Aku tak nak kerana benda ni aku menangis. Aku sakit sampai macam ni. Makan pun tak. Hari ini je aku dapat makan. Ntah bila rasa dah puas menangis. Rasa lapar. Tapi nak makan tu payah. Ye! Aku buat gembira depan orang. Itu laa aku :) Aku sanggup buat semata-mata dalam diri aku tengah bersedih. Hahahahaha

#KuatKanDiriIni.
#TakNakBersedihDah
#AkuTakNakSedih
#AkuNakKuatMacamDulu