" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Throwback : SUKAN NEGARA + BIRTHDAY GIRL
Monday, October 10, 2016 | 7:17 PM | 0Comment


Assalamualaikum. 

Aku lambat update pasal sukan negara ni sebab rumah orang jangan buat macam rumah sendiri. Walaupun orang punya rumah ''pyqah buat je rumah ni macam rumah sendiri ye'' aku tak buat pun :) sebab aku ni bukan jenis nak langgar peraturan rumah orang. hahaha. diorang jemput makan kita makan. hahaha. 

Hari sabtu lepas, kami ke kedai kek. Beli kek untuk kawan kami sorang ni. Hari jadi dia 8.10.2016 bersamaan hari sabtu. Kami pakat-pakat pergi kedai siap beli popcorn. Walaupun hari hujan. Basah renyai kami empat pergi kedai. Adeh. Hujan rahmat. Jangan risau. Basah pun basah la. 

Kami pun beli kek, ada hello kitty sebab kawan sorang tu minat doraemon. Biasalah nama samaran kami .. Eh jap aku listkan nama samaran


  • Pikachu - Afiqah
  • Doraemon - Qamarina
  • Hagemaru - Farahin
  • ShinChan - Chacha 
  • Spongebob - Azwa 
Bila mana-mana geng panggil ''oi pikachu'' mula budak-budak lelaki ni nak ikut sebut. K balik pada asal. Lepas beli. Tetiba sorang kawan kami hilang. Kami tak tahu dia pergi mana. Maybe dia syok tengok coklat kat kedai tu banyak sngt. kott. Haha. Kami datang berempat tetiba keluar kedai bertiga. Semua panik laa. 

Tetiba kawan seorang ni cakap dekat pembeli perempuan yang tengah beli roti kot . Dia cakap camni ''Akak ada nampak kawan kami tak? guna baju macam ni ( tunjuk baju t-shirt sekolah) '' perempuan tu jawab sambil tengok sekeliling ''errr.. haa tu dekat counter'' Semua pakat gelak bila nampak kawan seorang keluar dari kedai tu. 

Kami pun balik dengan gembiranya siap bawa kek. Kek kecil je kot. Gembirakan birthday girl :) Hikhik. Kami pun masuk ke dataran cari si birthday girl tadi terus terjumpa then lari jerit ''HAPPY BIRTHDAY QAMARINA'' Hahaha. Kami tak sempat nak gambar kek tu bila dibuka. hahaha. Siap bagi dia lolipop + popcorn sekali. Terbaik! 

Jadi. Sila cuci mata tengok gambar kami ye :) Hahaha. 







Ada video juga tapi tak ada suara. Malas nak upload. 

Btw, 

GoodLuck For PT3 student. Buat yang terbaik. Jangan nervous. InshaAllah ada rezeki anda untuk berjaya dapat tahap macam mana pun. Allah dah bagi yang terbaik. Doa banyak-banyak. Next year bukan honeymoon ye adik-adik. Masa itu untuk fikir masa depan anda selepas SPM. 

Pelajar Tingkatan 4 bakal ke garisan penamat. Tinggal 3 paper lagi :) Alhamdulilah. Huh! Aku dapat tahu. Math aku gagal but 37% 3 mark untuk lulus T^T sedih!!! .