" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Weyh! Aku Syok Sendiri ke?
Friday, November 25, 2016 | 11:45 PM | 4Comment

Aku tertanya-tanya dekat diri aku sebenarnya. 

''Adakah aku ni syok sendiri dekat dia?'' 

''Adakalah aku jaga jodoh orang ni?'' 

''Weyh! Dia ada buah hati ke?''

Dan ayat seangkatan dengannya. Tetiba aku terfikir sepanjang hari ni tak tahu kenapa. Yarabbi pyqah kau tak sabar nak dapat jodoh ke ape ni? sedorrr diri tu cik adik. beberapa minggu berapa hari lagi cik adik nak jadi calon SPM ni. yahyah. kau tak payah cerita pasal jodoh bagai ni. 

Mak cakap 

''Kalau nak kahwin sangat tu , tunggu habis belajar, dapat duit gaji sendiri , dapat kereta , dapat rumah a.k.a duit hasil kerja dari titik peluh sendiri , pergi la kahwin. Waktu sekarang ni focus untuk masa hadapan. nak berjaya belajar'' 

Ok sis/bro sekalian, deep tak? hahaha. aku yang dengar mak bagi 'ceramah' free ni cem ''masuk telinga kanan keluar telinga kiri'' eh betul ke peribahasa aku ni? lahai. kalau jawab dalam spm mati laahhh kaauu.. menghabiskan markah diberikan. 

K tadi, sebenarnya sembang dengan 'someone' 4 hari tak tegur dia. Aku rasa kalau sehari dia tak tegur aku rasa cem lain . bukan positif negatif pun bergabung menjadi DNA dalam otak aku. geram pulakk aku .. So, aku sembang cenggini . 

''Siapa orang dalam hati kau?''

Soalan ni sebenarnya lama aku duk pendam dan pendam sampai hari ini aku rasa 'keselesaan' itu ada. kahkah. Nak tahu jawapannya? em em. sebelum bagi jawapan. aku tertanya, kenapa lelaki selalu reply pendek-pendek ? perempuan kemain taip panjang lebar macam buat cerita dalam novel dah. hahaha. dia pun reply 2 3 patah perkataan. 

So, jawapannya

''Ntah'' 

kan pendek kan? Haahaha. Baik aku chat seorang diri. Then last aku chat dia bagitahu hajat aku sembang dengan dia. Hahaha baiknya, ada hajat. nasib tak buat hajat meminang tadi kahkah. 

''sebenarnya tak ada soalan. sorry2. cuma nak bagitahu .. erk .. malu sebenarnya.. byeee.. aku rindu kau selamat malam'' 

Aku sembang guna bahasa sarawak, so aku translate lupa nak gitau. kahkah. aku pun terus off chat tu. lel. aku dah rasa lain sebab benda tu je laa. aku terlalu rindu katakan --' huihs.. pastu dia pun reply 

''malu jugak''

yaAllah 2 patah perkataan dia bagi. cuba dia balas balik rindu aku tadi. hahahahaha --' geram aku. kahkah. TTM saya tuu.. kawan k kawan.. chat pun akhirnya krik-krik sampai kini. Sebab dia , ''tak tau nak cakap apa'' dah lama perati cara dia ni sebenarnya. kalau dah tak tahu apa nak cakap , dia takkan reply pun chat kita walaupun setakat 'emoji gelak keluar air mata' sekalipun. Haa. 

Disitula mula perkenalan. cehceh. balingbatukang. haahaha. 
Selamat malam. Lupa nak ucap salam. 


Assalamualaikum !