" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Air Milo
Monday, December 19, 2016 | 8:18 PM | 1Comment

Assalamualaikum . 

Mood hilang habis dah nak menaip entah apa-apa aku fikir berapa hari ni. Haha. Menyemak pemikiran sungguh. Benci ah cenggini. Study pun tak. Adeh-adeh apa nak jadi. Kang menangis dapat result SPM 2018 nanti disebabkan study last minute hahaha . Adeh-adeh afiqah sila sedar diri tu sikit . hahaha

Berapa minggu lepas, aku tertengok orang atau budak minum air milo kotak ni . tak tau . terasa nak minum sangat. so, aku tahan lah nafsu nak minum ni . pastu tetiba dengar mak ada nak pergi pasar . awal pagi tu aku masih dekat katil tidur. mak gerak cakap 

''Kakak , tunggu Alisha & Alya dekat luar sana,. Mak nak pergi pasar jap''

Golek punya golek . teringat mengidam air milo . hahaaha. then panggil mak 

''makk makk . tolong beli air milo kotak 2 . ambil duit dalam dompet bawah laci meja belajar''

Waktu tu aku dah dalam bilik air. Sebab telekung yang aku rendam dalam baldi belum tercuci-cuci kemain keluar masuk bilik mandi tapi aku tak cuci pun . makaih! cuti ni macam-macam gaya . hahaha 

Aku suka suruh mak beli . Sebab mak punya sporting . Kalau ayah pergh . ayat ni keluar 

''macam tak pernah minum air kotak milo je'' 

Ok sila senyap dan diam seribu batu . kahkah ! First tu aku tengok anak mak saudara aku pergi minum air milo depan aku . so aku pun 'craving' kononnya . hoho . gitu ceritanya . adeh-adeh . 

p/s : draft pada 16/12 baru publish rini disebabkan masalah connection tak dapat dan masalah bekalan air . bekalan air telah hilang huhu . hilang sebab apa ? air paip utama untuk menyalur ke tempat aku tinggal rosak . zZz .