" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Cuti Dan Cuti
Saturday, December 24, 2016 | 3:44 PM | 0Comment

Assalamualaikum. 

Sedar tak sedar tinggal seminggu lagi 2016 akan melabuh tirai dan akan membuka tirai 2017 dengan lambaran yang baru dan indah inshaAllah . Doakan berbaik sahaja jumpa jodoh awal . Kahkah ! Kau merepek dah kenapa pyqah ! Kau nak SPM oi . Study entah ke mana kau ni . Doakan yang terbaik untuk masa hadapan kita semua . 

#KecapiKebahagiaan #SebarkanKebahagian #SebarkanHarapan #DakiGunungSampaiKePuncak

Amboihhh. kau punya hashtag ya cik adik --' aku hempuk karang ! hahaha baru kau sedorrr . Tengok tajuk atas tu ? Jadi aku terscroll newsfeed IG ternampak satu family berombongan bercuti entah dekat mana aku tak tahu. Hahaha. Jadi aku punya jeles tahap dewa tahap apa lagi weyh ? tahap jakun ka haa lantak kau la pyqah asalkan kau bahagia menaip . 

Jadi aku pun membebel sendiri 

''Hakalah cantiknya orang pergi bercuti . Aku setiap tahun setiap berabad setiap zaman mereput dekat rumah sampai buka sekolah . Nak keluar pun susah . Nak jalan pun susah . Dah bercuti bukan lama dengan tempat tu cukup 2 hari . Dah balik tempat asal . Rasa tak puas ? Ya ! Tak puas hati tak merasai keseronokkan bercuti . Haih !''

Membebel macam orang tua pulak aku nii . geram hahaha . jap . ni niat aku 2018 nanti . Hahaha


Aku tahu ada orang bosan baca blog aku ni sebab tak ada gambar . Jadi aku letak gambar meow meow ni . Haa . Ini plan aku nak pergi Kuching 2018 :') harap-harap plan aku menjadi . Tapi aku tak jalan seorang diri aku bawa kawan-kawan . Sebab bulan 3 dah result keluar en ? Jadi, waktu untuk bersama kawan kali terakhir . 

Bila aku tanya seorang demi seorang

''Weyh! Kuching jauh . Kau gila ka nak pergi jauh-jauh Sibu jelah''

Mahwa saya dengar ! Teringin weyh! Cuti tahun 2018 aku tak nak mereput macam katak bawah tempurung. Aku nak juga keluar kawasan . Lepas ke tak lepas itu belakang cerita . Aku plan awal ni pun sebab lama tak jejak Kuching since 2012 or 2014 haa lupa . gila hapakkk . lama dohh !

Target pergi sana pertengahan bulan 2 atau cun-cun pegawai kerajaan duit masyuukk . nak minta sikit . tapi dalam masa yang sama saiyaa mau kejaa . selama 3 bulan setengah then berhenti . harap dapat laa kerja . lepastu dapat gaji aku simpan nak fly kuching ! hahaha . wow ! 


Tersilap Plaza Merdeka Kuching ni bangunan baru kot . aku tak berapa nak tahu sangat . sebab itu lah aku nak keluar kawasan . yang paling aku geram kawan cakap ''jauh'' kalau guna bas 9 jam sampai . best apa ? duk mereput dalam bas selama 9 jam . Plan dia yaAllah macam duit bergunung . Yang plan ni aku . sebab biarlah kita tahu kemudian . aku bersebab pilih Kuching 

  • Lama tak menjejak 
  • Suka-suka bawa kawan 
  • Nak jumpa orang kahkah
Point ke 3 tu jangan tanya . siapa aku nak jumpa :') Hahaha . InshaAllah jikalau kami masih berhubung antara satu sama lain . InshaAllah kami akan jumpa . Bak kata kawan ''Kau tak payah sedih-sedih nanti kau jumpa juga dia dekat kedai nanti tengok lah'' LOL!

Niat memang nak sangat-sangat pergi tahun ni . tapi terkubur . then aku ni macam tak matang kot fikir pasal benda alah nii --' orang fikir pasal SPM . aku fikir pasal cuti ni janamkau . hahahaha . biasalah . dah mereput dekat rumah setiap kali cuti panjang . bukan mudah nak keluar . keluar berapa kali je seminggu sebulan . haa . 

Aku pun nak keluar . target ke sana 4 hari 3 malam . jyeah! kalau 3 hari rasa tak puas sangat mungkin lohh . hahahaha . lepastu 'jikalau' rezeki terjumpa 'orang' tu inshaAllah terubat rindu kahkah! mengada-ngada kau pyqah . kantoi niat kau ni . Hahahaha.

Harap dapat kelejaaa selepas SPM nanti . sebab aku ambil 7 subjek . Huhu . Tak banyak . InshaAllah . Harapan nak jadi warga pendidik takkan terkubur semata-mata orang patahkan semangat saiyaa. saiyaa tak nak masuk Form 6 . saiyaa tak mauuu . biarlahh saiyaa sambung mana-mana institusi asalkan dapat jadi warga pendidik yang berjaya campak topi segi empat hahahahaha lol . 

Ok malam tadi sempat singgah 1 blog je makaihh . so campak link blog anda sekarang .Nak singgah sambil menunggu azan berkumandang . ok sis . chaw lu . fihifzillah kesayangan beta.