" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





''Mak Izinkan Akak Pakai''
Sunday, December 25, 2016 | 2:09 AM | 0Comment


Assalamualaikum .

Menghitung hari untuk melabuh tirai 2016 sebenarnya tapi nak move on dengan kenangan tahun 2016 memang susah. Banyak sangat benda yang mendatangkan kebaikan sehinggakan ada berlaku perpisahan :') Yarabbi . Tidak mampu terima sebenarnya tetapi nak buat macam manakan ? Allah dah rancang semua perjalanan hambaNya dari Luh Mahfuz lagi :) InshaAllah tabahkan hati cekalkan diri untuk hadapi hari yang akan mendatang 2017 :)

Pukul 11:30 pagi . 
Kawan hantar pesanan dekat group di hantar chat macam ni 

''Assalamualaikum PDHSS ( nama group kami) aku dah bagitahu yang sekolah dekat KNS ( Kampung Nangka Sibu) tahun depan . Hmm . Terima kasih la sebab selama ni jadi kawan aku . aku sayang semua . jangan lupakan aku . Aku pun takkan lupakan semua . GoodLuck untuk SPM tahun depan k . study betul-betul . jangan main-main''

Setengah hari aku tak on apa-apa hanya menghadap laptop je keje aku . Hahaha tak tahu kenapa tak tergerak pulak nak guna tab sehari suntok ni --' hmm . by the way , memang sedih dapat tahu dia pindah . Dia memang pernah janji nak ajar kami untuk SPM ni :') Tapi tidak mengapalah. Allah dah aturkan. Kami terima dengan hati terbuka . Lepaskan dia . Kirimkan doa untuknya yang jauh . InshaAllah jikalau mood rajin . Aku akan update pasal ini . sebab entry kali ni lain ceritanya :')


TENGOK TAJUK ATAS πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†

Semalam atau semalam satu lagi . Seorang akak ni . Aku kenal lama la . Dia ni macam mana eh ? Tak tahu . Biar aku flashback kenangan silam . Cewah ! Hempuk guna kuali baru tau . Hahaha . Kami kenal melalui ask.fm . Disitu mula lah hidup aku sebagai seorang yang memegang title 'newbie' dan disitu aku juga mengenali tentang ikhtilat , ukhuwah . Paling best ialah 'UKHUWAH' haha . 

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA FIL JANNAH . 

Aku banyak kenal orang . Bukan sebaya umur aku . Ada dua tiga orang memang sebaya aku . Fuyoo . First tu memang tak reti guna . Bila guna bebel dalam hati ''Ohh macam ni guna ohh ok'' hari berganti hari , bulan berganti bulan . tahun berganti tahun . Dah bertahun aku guna Ask.fm :') Aku kenal Akak ni . 

Biarlah aku mention nama dia . Biarlah Rahsia . Ya orang aku kenal . Dulu aku pernah tak contact dia . Dalam diam aku jadi detective conan . Stalk orang sampai one day aku tegur dia . ''Akak  ingat kita lagi ?'' walhal tak untick --' asyik jadi anon dekat wall orang then akak tu reply ''Dik untick la dik '' pastu aku pun ask balik ''kalau saya untick . mari wall to wall '' so aku pun untick . Dia tetiba happy ''Fiqahhhh . lama tak dengar khabar ?'' Woiihhh ! dia masih ingat aku :') yeah! bermula situ la selalu kami bercerita , sharing is caring kata orang sampai sekarang la kami berhubung walaupun dia bermasalah . ( p/s : orang yang fiqah/adik/aku tu tak di mention jangan terasa tau :') apa-apa story . InshaAllah saya share dekat sini maaf)

*end flashback*

Dia hantar ask dekat aku cakap macam ni . 

''Fiqah akak ada cerita gembira ni + terharu'' haaa gitu-gitu ayat dia. Hahaha . Lepastu aku pun tanya ''apa lah?'' dia cakap


''Mak akak izinkan akak pakai niqab'' 

Weyh! Untungnya. hahaha. Aku pun terharu jap walaupun orang punya diri lebih lagi terharu bila mak ayah izinkan :') hahahaha . aku pun ada terniat nak guna niqab bagai semua tu . Bila fikir balik 

''Benda wajib aku tak buat sempurna ada hati nak buat sunnah''

Hahaha! Bila aku membebel semua keluar ayat macam-macam . Lepastu aku bebel lagi . 

''Niat nak guna sunnah ni biar niat kerana Allah taala . Jangan sekadar tak nak orang lelaki pandang pa semua ....''

Bila tengok IG (jangan kecam please) banyak orang bepurdah . Sis sejuk tengok . Tapi ada tapi . Tolong sangat jangan kecam ayat ini '' Ada yang terover guna lens mata . make up bagai'' tolong dan tolong hahahaa . jangan kecam . maybe orang pun perati semua ini :') Hihi. 

Jadi aku pun cakap dengan akak tu . 

''Lahai untungnya . Fiqah nak juga nak juga'' 

Kalau laa aku jadi seorang guru . Suatu hari nanti . Takkan aku nak mengajar guna purdah on-off . hahahaha . Tidak mengapalah . Biarlah yang wajib aku lakukan yang terbaik . InshaAllah . 

Orang pesan dulu tak ingat siapa 

''Kalau nak buat yang sunnah tu , tengok diri kita . Benda yang wajib kita dah jaga betul-betul ke ? kalau belum . jaga dulu elok-elok yang wajib tu . InshaAllah , Allah akan berikan yang terbaik untuk ibu ayah redho kita guna yang sunnah''

InshaAllah :') Itu sahaja perkongsiaan. Sila jangan kecam . Sesama lah kita berubah ke arah kebaikan demi masa depan sendiri dan semua . 

Campak link . Nak singgah nii . :))