" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Solat Subuh Ke Tak ?
Saturday, December 10, 2016 | 2:09 PM | 0Comment


Assalamualaikum 

Cehceh mood rajin menaip sekarang ni *tepuk sikit tangan* kalau tak ada mood nak menaip takkan terbuka link 'blogspot.com' ni hahaha . kau pyqah tak payah nak ngada-ngada bagai k . aku cili kau nanti hahaha . 

Okeyh! 

Aku teringat waktu pendidikan Islam waktu Tingkatan 4 , ustzh bagi kami masa untuk menghafal orang yang layak menerima zakat . Tersilap la, ada 8 golongan yang layak menerima zakat . 2 gologan tu dah ustzh bagi : Fakir dan miskin . Ustzh bagi kami hafal then hari jumaat ustzh tanya . So, semua pakat-pakat search . eh bukan semua aku yang search pastu awal pagi datang sekolah berkumpul untuk mengaji yaasin diorang pakat copy/past 8 golongan asnaf zakat. 

Hari Jumaat, sesi pembelajaran dan pelajaran dimulakan dengan surah al-fatihah , doa belajar , mengucap dua kalimah syahadah dan ayat hafazan. Dah selesai semua tu ustzh suruh berdiri then tunjuk sorang-sorang , kalau tak dapat berdiri sampai dapat jawab . Bila giliran aku ustzh tunjuk 

'haa afiqah apa lagi golong asnaf zakat yang layak menerima zakat bagi ustzh satu golongan?' 

Aku jawab muka 2 3 cemtu then cakap 

'mualaf' 

'haa duduk' 

Okeyh! part dah duduk ni best sikit bantu orang lain . walaupun di warning kehkeh~ last-last duduk diam je aku . Semua dah duduk tinggal seorang budak perempuan ni tak dapat jawab soalan ustzh tu , then ustzh tu tanya budak perempuan 

'ada solat subuh pagi tadi ?' 

Budak tu senyap , siap goyang-goyang . pastu ustzh tanya lagi dia senyap je . then ustzh cakap lagi 

'ustzh dapat 'cam' orang tak solat melalui mata' 

Fuyo . aku terkejut la . then ustzh tu berbalik dekat perempuan tu lagi then tanya 

'tak solat subuh kan ? asrama ke harian awak?'

'asrama.'

'aih, tak solat ke budak-budak asrama subuh pagi tadi?'

'ada tapi sikit' 

Uish! Sis terkejutzz ~ Zzz . Tak terkata . Then ustzh buka tazkirah pasal tak solat subuh ni . bagitahu 

'siapa yang tak solat subuh dia akan susah nak hafal apa yang diajar di sekolah mahupun membaca buku tebal mana sekalipun baca solat subuh tinggal memang sah la yang dihafal tu tak melekat dekat kepala' 

Semua pelajar pun mendengar dengan khusyuknya akhirnya ustzh pesan ,

'lewat bangun pagi , sebelum pergi sekolah tu solat subuh dulu pastu kemas-kemas la nak pergi sekolah . bukan lama pun solat subuh'

So, aku pun ikut kata ustzh ni , kekadang aku lewat tengok jam dulu kalau masih 6:10 pagi haa aku mandi-mandi dulu . pastu baru solat . Kalau aku bangun awal tu alhamdulilah then sempat solat subuh pun dah cukup . hoho . 

Biasalah memalam jadi burung hantu waktu sekolah ni , pastu dekat sekolah jadi mulut murai bising tak berhenti entah apa-apa. Hahaha. Syukk sendiri kehkeh~ Btw , dekat tempat aku tinggal ni subuh awal , pukul 6 pagi dah nampak cerah sini . hehehe ~ 

-FlyFly-