" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Tak Apa. Aku Ok.
Friday, March 17, 2017 | 3:04 PM | 6Comment



ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulilah tamat dah ujian awal tahun untuk bulan 3. Dapat result sejarah lulus. Alhamdulilah syukur tak terhingga. Walaupun belajar 'last minute' untuk subject sejarah yang lepas. Mungkin disebabkan soalan banyak keluar dalam ujian tersebut soalan Tingkatan 4. Hoho. Ada pembelajaran dan pelajaran masih 'fresh' dalam minda walaupun berkurun berabad dilupakan. Haha. Menunggu keputusan yang lain lagi. Beberapa bulan lepas ini, akan adanya ujian Pertengahan tahun. Lepastu ujian terakhir 'Trial SPM' phew! Barulah ujian SPM sebenar. Hoho. 

Baiklah.
Kali ini aku nak buat 'something' yang menganggu diri aku selama beberapa bulan. Dari 2016 bulan 7 sampai sekarang bulan 3 berapa bulan dah eh!. Ia menganggu fikiran aku. Kekadang tertanya kenapa aku masih ingat. Kenapa aku masih nak kan orang yang sama. Kekadang sampai menangis dibuatnya. Haha.

Aku tak tahu. Apa yang aku rasa kali ini ada rasa kecewa dan sedih. Tapi tak apa, aku cuba hindari perasaan itu sebab aku mampu. Sebab aku cuba. Kekadang kekecewaan ini mengajar aku untuk terus tabah untuk menghadapi pelbagai 'ujian'. Tapi itu hakikat diri ini , kena berhadapan dengan pelbagai jenis manusia di muka bumi ini. 

Aku pun cakap dalam hati.

''tak apalah, cukup dengan permainan disebalik kesakitan ini dilakukan. bukan aku tak sanggup. bukan aku tak mampu atasi. selagi perangai manusia tak habis-habis untuk menyakiti.'' 

Nak pergi jauh-jauh.
Aku terseksa. 
Aku tersakiti. 
Dalam diam aku yang kecewa.

Terasa macam diperguna.
Terasa macam dipermainkan
Yang hanya seketul hati 
Yang hanya mempunyai 1001 perasaan tersembunyi. 

Semakin terasa kekecewaan ini. 
Hanya mampu mengubah diri ini. 
Supaya berada di tempat yang betul. 

Kekadang mungkin kesilapan diri sendiri.
Kekadang diri ini hanya 'hati tisu'
Kekadang akan naikkan ego semata-mata sesuatu perkara.

Phew! 

Aku kecewa. 
Aku sedih. 

Tak apa. 
Semua dapat yang lebih baik.
Semua dapat apa yang diinginkan. 

KUATKAN KEMBALI DIRI INI. HILANGKAN SEGALA TANGISAN. MULAKAN HARI AKU DENGAN KEGEMBIRAAN. BUKAN KEDUKAAN DAN KESEDIHAN.