" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





BYE MARCH HAI APRIL
Saturday, April 1, 2017 | 6:37 PM | 2Comment


Assalamualaikum.

Dah bulan APRIL tak sangka masa berlalu begitu pantas terasa masih di bulan FEBRUARI. Masa tak tunggu aku pun. Hahaha! Tak ada idea untuk mengupdate sebenarnya. Tetapi ilham banyak nak buat sesuatu yang aku patut luah dan beritahu. Kerana diri ini hanya seorang 'insan biasa' bukan 'perfect' haha! 

Di dalam bulan yang baru ni , aku berniat dan berhajat nak ubah diri. Lupakan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah. Nak tinggalkan social media untuk sementara. Biar aku fokus terhadap kerja kursus seni yang bakal di hantar bulan 7 ini. Masa begitu cepat. Buku tu masih kosong. Nak cari bahan lagi. Hm. Penat. Haha

Dalam masa yang sama, aku cuba perbaiki diri bukan semata-mata untuk SPM tetapi untuk dunia dan akhirat sekali gus. Biar aku berikan fokus tentang kejaya dunia dan alam akhirat. Asalkan aku dan semua orang aku sayang bahagia di akhirat kelak. Tanpa ilmu di mana kita mampu cari? Setakat search dan bertuan dengan syeikh google kang tak pasal-pasal jadi ajaran sesat ngehngeh! Baik belajar ada bertuan. InshaAllah, dia ajar apa dia ketahui dan dia akan jelaskan anything yang bercelaru dalam diri kita.

Aku nak bawa diri, asalkan diri ini tidak memikiran seseorang yang aku suka semenjak tingkatan 4, aku banyak fikir benda tu. Tak tahu kenapa? Benda tu selalu mengganggu kehidupan seharian aku sampai satu tahap aku sendiri yang menangis sebab benda tu. Aku tak fahamlah dengan diri aku ni. macam-macam aku buat untuk lupakan dan move on semua tak berhasil. Ok! Aku bawa diri, jadi chipsmore di media social. Sampai aku tak stalk dia lagi. Ya! Aku rindu yang dulu. Yang dulu dah hilang. Aku kecewa. Aku sedih. Tapi tak apa. Aku kena juga bawa diri untuk sementara sampai habis SPM. 

Biarkan,
Aku fokus untuk pelajaran aku. Aku dah tak kuat macam selalu. Aku selalu give up. Bila tengok paper exam kali ini. Alhamdulilah. Ujian kali ini subjek penting kedua-duanya lulus Alhamdulilah syukur. Tak ada 'A' la . just cukup makan. InshaAllah, akan cuba untuk ujian pertengahan, trial SPM dan SPM sebenarnya untuk mencapai keputusan 5A2C inshaAllah moga-moga rezeki ini berpihak kepada diri. Aku nak fokuskan terhadap mata pelajaran yang lemah seperti Bahasa Inggeris dan Matematik. Aku dah dapat result untuk ujian kali ini untuk english. 23% je aku dapat. sedih. Usaha nak dapatkan 40% untuk exam kali ni memang tak dapat. Tapi aku tak nak give up. Aku nak cuba sampai aku dapat. Sampai aku rasa keputusan C dalam ujian akan datang milik aku. InshaAllah AllahumaaAamiin. Lemah dengan kedua-dua subjek ni sebenarnya. Huhu

Permudahkan urusuan ini.
Mudah-mudahan rezeki berpihak kepada diri ini. 
Mohon doa kalian-kalian semua supaya hati ini terus kuat dan cekal menghadapi pelbagai rintangan.

Mungkin lepas ini dah jarang on blog anything la. memang jarang. mungkin. haa. hati manusia berbolak balik. semua berlaku dengan serentaknya. Hew! 

Jikalau diri ini banyak berubah. Mungkin terlalu banyak kecewa dengan yang dulu. Jadi, maaf aku pinta kalau selama ini amat menyakiti sesiapa. Heh!

FLY HIGH!