" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Teacher to be | Tak lari melakukan dosa | Insan biasa | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Kenapa Suka Outing ?
Friday, May 12, 2017 | 9:34 PM | 0Comment



Assalamualaikum. Hi. I'm back. Ngehgeh! Semalam aku ada update something dekat ig, mungkin ada dikalangan pemblogger ada follow, tak pasti sangat. Haha. 


ni yang aku post dekat ig. 

''Keluar kedai bukan beli just bawa buku NILAM'' 

Ayat ni aku nak terangkan. Haha. Bukan sesaja bawa buku nilam dalam beg, kekadang kami plan last minute biasalah perempuan. kalau plan awal-awal akhirnya terbantut. Kahkah! So, waktu aku outing bawa buku NILAM , aku pergi library dengan kawan-kawan isi Nilam dan bakal dihantar tepat pada masa yang ditetapkan. 

Masa tingkatan 5 sekarang, kena siapkan itu ini. Kekadang aku yang tertekan memaksa diri untuk keluar supaya aku tak terlalu tertekan sampai menyebabkan demam. Walaupun sakit itu kifarah dosa. Bukan tak suka. Kalau aku demam, aku kuatkan semangat nak pergi sekolah. Kalau sehari aku tak datang sekolah rasa tertinggal satu ilmu yang amat bermakna.

Aku suka outing, tak nak terlalu sibuk memikirkan masalah. Masalah di rumah mahupun di sekolah. Terkadang boleh menyebabkan hilang focus terhadap pelajaran sendiri dengan masalah dihadapi. Haha. Aku tak bawa masalah dekat sekolah balik rumah. Sama juga dekat rumah, aku takkan bawa masalah dekat rumah ke sekolah. 

Alhamdulilah, aku tak couple. Aku selalu tengok kawan disekeliling, kalau gaduh dengan bf dekat rumah mulalah nak bawa masalah gaduh dengan bf ke sekolah. Lepastu tak ada mood belajar menangis-menangis, dah berlaku depan mata tapi senyap. Banyak kali tegur. Untuk apa tegur orang tak nak dengar nasihat? Bak kata pepatah ''bagai mencurah air di daun keladi'' Mudahan dijauhkan dari diri ini :') AllahumaAamiin. 

Aku nasihatkan untuk focus terhadap SPM tapi tulah. Nasihat yang aku bagi macam sia-sia. Haih! Lepastu terhegeh-hegeh pulak nak kat something. Allahu. Aku rasa penat tengok macam ni , asyik hati dan mata diorang kena jaga. Habis hati aku yang bagi nasihat macam tunggul kayu kau anggap aku ustazah sedunia ? Think postive ! Mungkin susah nak terima nasihat. Haha!

By the way, aku lebih suka pantai dan taman. Dekat taman aku boleh tengok ragam-ragam satu keluarga bersama-sama dengan anak-anak dia. Anak yang nakal. Kekadang terkenang waktu kecil-kecil dahulu main dekat taman yang sama, permainan yang sama. Sekarang jejak dah rasa macam kenangan waktu kecil. Haha. Tak apalah tengok sendiri aku ada anak. Macam aku ke tak perangai dia . kahkah! 

Itulah, kalau outing, suka lawat taman . Haha. Best. Hilang rasa bosan keluar masuk kedai. Walaupun tak beli pape . asalkan dapat rasa aircond kedai , tak pun main lift kahkah ! dulu pernah main lift dengan kawan dekat kedai . Sekarang kedai tu tak guna lift dah . Guna tangga . mungkin dia ternampak muka aku dan kawan main-main turun naik lift kahkah!

Ada geng suka pantai tak?
Pantai cantik. Dulu kecil-kecil suka pergi pantai siap beli minuman dari SugarBan. Dulu tempat aku tak ada lagi KFC. Haha. SugarBan je famous dulu. Kahkah! Main air dekat pantai tak kisah la tengah basah kena air ke apa . ada aku kesah . itu waktu kecil . Sekarang tengok pantai rasa macam kolam. Nak gak berenang walaupun tak reti. Kahkah !

K baiklah. Terlalu panjang bebelannya. Haha. Kbye! . Fihifzillah!