" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Apa Orang Tak Tahu Tentang Kau?
Friday, June 9, 2017 | 1:47 PM | 3Comment


Assalamualaikum. 14 ramadhan bakal fasa pertengahan ramadhan tak lama lagi. Pejam celik dah 2 minggu puasa kot . Isnin dah mula persekolahan di dalam bulan puasa. Jadi, tengoklah perangai kawan masing-masing dalam kelas nanti. Ada hari rasa nak usik sampai diorang tak terlena. Kerana SPM kau perlu fokus. Haha. Sangat. 

Tak nak membebel aku tahu idea aku mencurah-curah dah sekarang. Jadi, ini update terbaru tentang diri aku yang orang tak tahu. Mungkin orang yang rapat tahu sikit-sikit hal aku. Macam kawan gitu baa. Haha. 



1. PENAKUT KUCING

Aku memang penakut kucing, bila makan dekat luar masyaAllah aku akan bersila duduk atas kerusi sampai kucing tu tak datang dan duduk sekali bawah meja makan. Paling aku semakin geli geliman dan menakut waktu aku tidur rumah kawan. Dekat rumah dia ada 2 ekor kucing jantan. Nak angkat baju dari tempat penyakut sekali tak sedar ada kucing bawah tu dah lah pendek aku pun menjerit dan nyaris nak jatuh kawan cakap ''ee kau ni , dia tak ganggu dan tak makan kau pun apa kau nak takut'' seriously aku memang penakut kucing berteman sekali pun. Dekat kawasan rumah dan jiran aku ada bela kucing kekadang dia lepas main dekat mana-mana, sekali aku turun ambil barang tu kucing ikut aku sampai aku turun. Telefon tinggal atas betapa dupdap aku ambil barang. Dalam masa yang sama aku hempas barang kalau kucing tu makin ikut aku. Haha.




2. PEMILIHAN TUDUNG

Kalau ada yang perhatikan aku guna tudung, jarang aku guna shawl dan tudung pakai masuk macam tu je. Sebab aku ni jenis tak tau la. Mak aku pun agak marah la bila anak perempuan tak ikut trend semasa. Memang jenis aku yang malas nak ikut trend sangat kot. Tengok kawan guna shawl buat muka tak tahu sebab aku malas nak belit-belitkan dia. Lebih baik bawal kemas ikut juga muka aku ni . hahaha . tak kisah la, nak cakap apa itu diri aku haha. mungkin tunggu aku kena paksa baru nak guna kot. Haha. 




3. PEMILIHAN PAKAIAN

Tahun lepas aku guna dua fashion baju, satu kurung dan satu lagi jubah. Aku lebih suka guna jubah. Kalau kurung rasa something wrong. Kalau skirt baju kurung tu macam ikan duyung masyaAllah aku tak boleh duduk, mesti duduk ayu-ayu sikit. aku ni kaki kalau duduk ayu-ayu ni sakit teramat macam org cucuk jarum gtuu baa. Haha. So, aku pilih tahun lepas dan tahun ini raya pilih jubah. Then mak cakap ''jangan menyesal kalau ada orang suruh guna baju kurung then baju kurung kakak tak ada jangan nak menangis lepasni'' wadehh . mulut seorang ibu memang masin derk ! k senyap. Haha.



4. PEMILIHAN KASUT

Aku memang pendek dan paling tak suka guna kasut tumit tinggi. 2015 aku ada beli satu kasut tumit tinggi, aku sakit pinggang dan rasa nak campak kasut tu geram. Haha. Jadi aku pun fikir, aku memang pendek selalu mak tegur ''kalau nak bergaya tu guna la kasut tumit tinggi jangan yang tak tinggi tumitnya'' amboihh mak. anak mak sorang ni pelik sikit. pelik dari orang. orang suka fashion cantik-cantik. aku ala kadar itu cukup memandai daripada aku berlebih-lebihan amalan syaithonn tol. so, mak cakap ''kali ni beli kasut yang tertutup senang untuk diguna tahun depan. mana tau dapat interview mana-mana U tak pun masuk form 6 nanti'' mak lagi ajar anak dia. anak dia ikut ja, sebab aku ni entah susah nak explain diri aku yang hahaha ! aku pun tak tahu lol. 


5. MAKEUP

Ok guysss! ada geng dengan aku tak suka makeup tak ? cukup satu yang penting, lipstick? hahaha. Aku memang tak suka guna makeup, ada sekali aku just guna bedak muka khas untuk makeup punya , sekali abang tegur ''kalau aku nampak kau guna kau siap'' semenjak dari itu aku memang dah tak guna kecuali krim untuk sunburn bagai tu. aku memang tak guna. bila pergi kenduri kahwin orang nak bersiap mak cakap ''kenapa macam tu je muka, guna la lipstick bedak muka tu sikit ni tak kering je muka'' alohaii , sorang marah , sorang lagi suruh guna. aku takkan buat sendiri main letak dekat muka suruh mak letak. p rasa nak buang balik sebab aku jenis tak guna makeup. Lipstick pun macam tu jugaklah. Taktau la di kemudian hari aku guna makeup ke tak? see n wait oke haha



6. BARANG PERHIASAN/PIN TUDUNG

Ini point terakhir, kalau ada lagi aku akan sambung part kedua pula lah, hahaha. Semua perempuan ada macam ini. Aku dulu je guna anting-anting 2012 . 2 bulan lebih camtu guna anting-anting lepastu buka dan lubang tersebut tutup pada tahun yang sama 2012. Terasa sakit sangat. Biasalah first tyme guna. Dah la orang buat anting-anting tu tebuk macam guna stapler besar. makaihh! hahaha. Kalau pasal gelang dan rantai leher. Aku dulu ada kedua-dua tu sekali. Tetapi semenjak tahun 2015 or 2016 rantai hilang tak tahu aku campak dekat mana. Yang selalunya mak yang simpan. Apabila 'matang' kononnya tek, simpan sendiri. Haha akhirnya awal pagi raya bercari la tak ada. Ok aku think postive cakap dalam diri ''eleh aku guna tudung tak ada orang tak tengok leher aku'' ok cukup. Dan aku pun guna gelang. Gelang pun ok la satu pun cukup sebab aku jenis malas nak guna gelang kekadang gelang tu makan kain baju aku ceh makan. hahaha. Dan akhirnya pin tudung. Beli seguni hilang punya selalu kena bebel mak bab pin bagai ni . Haha. Kekadang ada kawan pinjam aku yang lupa minta balik, kekadang aku salah tempat. Pastu jumpa balik. Hahaha. 


Ok done untuk diri aku. 
Rasa terbongkar satu per tiga tentang diri ini. Haha. 
Ok baiklah. 

Fihifzillah ~ Jordan.