" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


STPM 2019 | 18 |Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





Bangkit | Aku pun taktau
Sunday, August 27, 2017 | 11:50 PM | 0Comment


Pergilah wahai diri,
Pergilah kemana-mana kau inginkan,
Tak semudah itu, 
Tak sesenang itu,
Untuk lupakan semua. 

Sekian lama kau pertahankan,
Tapi sering kecewa,
Kecewa dengan semua,
Kecewa apa yang terjadi.

Harapan setinggi gunung,
Harapan bagai menjadi kenyataan,
Akhirnya kau hancur,
Kau tenggelam bersama-sama harapan.

Kau tangisi semua itu,
Kau kecewa dengan diri kau,
Kau menghancurkan diri kau sendiri
Dengan harapan itu.

Bangkit wahai diri.
Bangkitlah, 
Bangkitlah. 

Untuk apa kau terus seperti ini,
Sampai bila kau untuk menjadi seperti ini,
Bangkitlah,
Hidupkan diri kau dengan keyakinan diri yang kuat.

Tabahkan diri,
Kuatkan diri, 
Dengan segala cabaran dan rintangan 
Yang bakal dihadapi untuk hari ini dan seterusnya.

Hilangkan kesedihan kau,
Hilangkan sikit tangisan kau,
Bangkit dengan diri baru,
Bangkit dengan hari baru,
Bangkitlah, Bangkitlah wahai diri. 

Hidupkan, 
Hari-hari baru kau dengan benda yang mencabar,
Yang kau inginkan, 
Yang kau mahukan. 

Allah ada untuk kau,
Allah sentiasa ada.

Ingatlah !

Masa hadapan kau, 
Demi keluarga kau, 
Demi masa, 
Bangkit dari rebah.

Senyumlah.
Sembunyikan segala-gala masalah kau, 
Simpan untuk diri kau. 

Biarlah, 
Orang mengata,
Orang menghina, 
Kau buka mata, 
Kau ingat apa yang kau ingin lakukan
Kau diamkan diri bila orang buat sebegitu.

Pandang langit,
Air mata mengalir mengingati kenangan lalu.
Bila hujan, 
Sentiasa berdialog dalam hati 

''Hujan turun bersama-sama aku menangis pada saat ini'' 

Bila waktu kegembiraan,
Hilang segala masalah kau hadapi. 

Akhirnya! 
Kau bangkit jua, 
Bangkit demi masa. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulilah, 
Aku cuba sehh , hahahaha

Maaf andai diri ini selalu mengecewakan sesapa , yayaya , kalau kau sayang someone, kau akan susah untuk move on :) percayalah. aku banyak kali nak move on. hanya kata-kata dari mulut bukan dari HATIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !!! sekiannn ! haha

#trialaroundthecorner
#spmbelumgameover