" F l o w e r "

NRLAQH STORY

Hai Welcome Here


SPM 2017 | Takkan pernah lari dari melakukan kesilapan | Emeil : nurulafiqah1708@gmail.com





BESTFRIEND FOREVER CONTEST BY AI
Sunday, August 6, 2017 | 2:35 PM | 3Comment

 http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/07/bestfriend-forever-contest-by-ai.html

Assalamualaikum, heyyo lama tak menaip dan selalu menyepi tak seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya memang ada menaip siap draft nanti publish kalau dah siap. Malam semalam niat nak siapkan homework yang bergunung tinggi mana taknya bakal calon spm apa susahnya asyik-asyik ngadap laptop je keje. Tak pun kalau ada beli topup siaplah buat bising mana-mana group yang di invite malah aku yang buat haha. Kekadang aku pun malas nak on wassap biarlah berhabuk macam mana aku buat blog. Hahaha. yaAllah! Tak lama lagi nak kem. Kem jatuh pada hari jadi aku waduh-waduh berkesempatan ke tak nak update blog bagai nih! Hahaha. Malas nak membebel panjang lebar. Hari ini berkesempatan nak update dan nak join contest salah seorang dari akak blog ni. 


Niat nak sambung entry ‘’ 1 year | Friendship goals | PDHSS’’ memadangkan tak ada masa sangat nak update. Jadi aku sambung cerita aku dekat contest ini. Memberi peluang sikit masa untuk membacanya. Haha. Aku tak tahu nak mulakan dari mana haha. Malah mereka tak ada blog seperti aku yang hidup dengan mana-mana apps. Mereka cukup ada wassap,ig, wc dan facebook. Itu pun mereka bukan sendiri. Kekadang boyfriend diorang buka. Tu yang ''haihhh macam-macam''. Satu lagi diorang bukan suka sangat nak membaca. Aku yang membaca demi karangan A+ dalam SPM nanti ( inshaAllah AllahumaAamiin ) 


Jadi aku kena 'describe' diri mereka satu-satu dengan gambar sekali. Asalkan suatu hari nanti tulisan diblog ini menjadi kenangan untuk mereka melepaskan rindu. Apabila tidak bersama mereka lagi. Haha. 

1. Nur Qamarina 




Aku kenal dia sejak sekolah rendah, memang tak rapat mana macam sekarang. Biasalah bila ada kawan baik melainkan diri ini mana nak pandangkan ? kecuali dalam kesusahan. Kahkah. Memang satu bumbung sekolah dari tahun 1 sampai tahun 6. Sama-sama duduk exam upsr dulu. Haha. Dia dulu kecil je badan entah macam mana dia boleh bahagia sangat boleh berisi. Teringat moment dia stay satu malam dekat rumah aku, temankan aku yang tidur sorang-sorang dekat rumah tak ada, dan keesokkannya kena bertolak awal pagi nak pergi Politeknik ada seminar SPM! makaih! Hahaha. Dia punya bawa makanan masyaAllah, aku tengok dia makan, sambil main telefon. Haha. Dalam hati ''patutlah berisi'' dia punya makan masyaAllah, tak tau lah nak imagine macam mana aku syok layan cerita dekat youtube dia sedap makan sweetcorn dan apa satu bendalah tu. Dulu waktu sekolah rendah orang panggil dia 'Cina' sebab mata dia macam cina bila senyum hahaha. Masuk sekolah menengah orang panggil dia 'Qama' . Form 1 sampai form 3 kami dua memang tak sama kelas. Dia 'D' aku 'E' so kami berjiran kelas jelah en. Haa. Bila form 4, kami sama kelas. Alhamdulilah. Masih panjang usia untuk duduk dengan dia. Apabila kami bergabung jadi 4 termasuk aku. Belum berlima lagi waktu tu. Haha. Tercipta satu nama ni untuk dia. Dia pendek lepastu comel. Tiba-tiba kawan seorang cakap ''aku nak bagi nama qama ni cerita kartun Doraemon'' akhirnya. Doraemon la nama kartun dia. Haha. Sampai sekarang. Haha. 

2. Nur Farahin


Aku memang tak kenal dia dari form 1 sampai form 3, kenal form 3 pun tak tahu nama. Dia punya nama banyak betul gelaran sampai ada panggil 'Ain' haha. Abang aku cakap, nama lelaki ada juga nama Farahin ni. Hahaha. Aku cerita dekat dia, dia gelak. Satu pertemuan tak diduga waktu kami merentas desa dan kawan seorang janji nak lari sesama bila dah sampai checkpoint pertama aku dah jatuh seluar koyak. Haha nasib ada kawan sorang yang dengan kalau tak malu. Haha. Dia ni juga teman aku jalan-jalan waktu merentas desa. Haha. Siap tanya dan bercerita macam-macam mana taknya mulut aku ni bukan reti nak duduk diam. Malah membebel je lebih en? Hahaha. Allah rancang kami nak duduk satu kelas sama. Dengan geng sekepala aku. Dia punya bodek pergh ! punya macam orang percaya walhal dia menipu. Means macam tak nak kalah dengan orang macam itulah hahahah ! kalau dia dengan boyfriend dating masyaAllah dia punya berdiri dekat koridor sekolah macam tak pernah jumpa dengan boyfriend selama bertahun-tahun. Hahaha. Apabila kami berkumpul satu meja, kami berempatlah, bincang-bincang nak bina satu nama kartun untuk setiap orang ahli dalam group kami. Jadi tercipta satu nama untuk dia. 'Hagemaru' . Kalau tengok hagemaru, hagemaru punya banyak bodek seperti dia. Haha. Nama tu masih ada sampai sekarang. Dia bagi aku pendek sama macam qamarina cuma tinggi sikitlah. Haha. Jenis tak minat makan sayur jangan harap nak makan. Makan favourite dia tu ayam-ayam. Kalau tak ada ayam pegh! hahaha. Ada time tu aku stay rumah dia, penuh ayam. Pastu ada juga ikan dan


3. Natasha



Aku kenal waktu form 1, dia punya kelakar sampai aku yang masuk air dengan dia dulu. Dulu dia ni gemok tak tahu macam mana dia boleh kurus keding cemtu. Bila dia makan, bertambah ''weyh aku nak makan lagi lapar'' hahaha dia punya lapar tak tahu la. bila dia period masyaAllah 2 bungkus tu tak cukup untuk dia makan kalau nasi lemak atau mee hun. hahaha. Hari tu kami ada bengkel cun-cun dia period dia buli aku hahah ''qah beli aku mee tak pun apa-apa ada kat situ lapar'' sekali aku beli keeteau ( taktau eja) belum sempat nak bagi dia dah rampas lapar sangat dia tuu . kahkah ! kalau orang tak tahu latar belakang hidup dia memang orang kata dia happy good lucky . Tapi disebaliknya bukan. Dia anak angkat di angkat oleh mak saudara sendiri asbab family dia. Hah ! Dalam lubuk hati ni memang sedih. Tak sempat nak rasa kehidupan keluarga kandung sendiri. Jauh disudut hati dia, dia memang nak kembali ke keluarga asal. Tapi mak angkat tak bagi. So? Apa perasaan dia en ? Sedih . Mak angkat tak bagi hidup dengan keluarga kandung. Ada dia cerita satu hari nak beli baju raya dekat mall ni , dia jumpa kakak kandung dia. Dia menangis kakak dia pun menangis sesama sebab lama tak jumpa en? dia kata muka kakak dia seiras dia. Pergh! Siapa tak rindu darah daging sendiri yang berjauhan bertahun-tahun lamanya. Tersilap umur dia tahun 3 waktu tu di bawa ke pangkuan keluarga angkat. huhu. kekadang dia selalu dipersalahkan. Tak kasihan tengok. Dia juga banyak bantu aku. Aku tolong mana takat aku mampu. (lap air mata) k . Dia ni tinggi dari diorang berdua ( qama n farahin ) hitam manis, reti hidup susah macam mana. Haa. Berfikiran matang laa . Sekarang dia dilamun cinta. Hahaha. Pastu en nama dia ''ShinChan'' peminat cerita kartun ni . Dia juga pendegar setia aku. Dia juga suka luah dekat aku. Sebab dia kata aku ni dapat connect wireless dengan cepat. Hahaha


4. Nur' Naziatul Azwa



Dia ni baru berpindah sekolah kami 2016, pastu tak sampai beberapa bulan kat situ balik ke pangkuan sekolah lama sampai sekarang. Makaihh ! Dia best student haha. Dia kata ''walaupun aku anak cikgu, orang kata pandai tapi bagi aku anak cikgu ke bukan anak cikgu sama je aku tak suka orang cakap macam tu'' it's true! orang kata anak cikgu pandai. but, why me? anak cikgu still dapat result tak pernah full A+ ? Hahaha. Jadi kena bersyukur dengan kelebihan yang diberikan. Hihi. Dia pendengar setia aku apa-apa problem yang aku cerita tak kisah la, aku tetap nak sembang dengan dia sampai satu part tu dia cakap ''nanti aku datang mukah spon makan zenq dan cendol janji tau'' kahkah ! ingat aku kerja ke habis spm nanti ? hahaha . aku tak tahu apa yang aku buat lepas spm ni . lesen motor tak ada. dah tak reti bawa motor. hahaha. 2 hari dah berpindah ke sekolah kami, waktu tu kami semua guna baju sukan dia datang guna baju sekolah. Haha. Sebelum hari kejadian kami bincang nak bawa maggie ke sekolah so plan tu menjadi . sekali pelajar lelaki tengah main kami makan maggie waktu cikgu tu tak perasan . kami ajak sekali budak baru ni . syok juga dia makan. hahahaha. dah la tinggi punya la dia haih! haha. ada part tu aku pernah buat dia marah aku ingat dia acah-acah marah sekali dia cakap ''kau tak senyap aku cekik kau'' masih aku membebel sekali dia berdiri angkat tangan terus aku duduk tempat lain. Hahaha. Pergh effect dia hahahaha. K, dia minat spongebob dia suka sangat spongebob. jadi gelaran dia pun spongebob. 


Terciptalah nama PDHSS.

P - Pikachu ( Nurul Afiqah ) ( 17 Ogos 2000 )
D - Doraemon ( Nur Qamarina ) ( 8 Oktober 2000 ) 
H - Hagemaru ( Nur Farahin ) ( 2 September 2000 ) 
S - ShinChan ( Natasha ) ( 5 Disember 2000 )
S - Spongebob ( Nur' Naziatul Azwa ) ( 7 Februari 2000 )

Aku punya nombor ada 2 angka untuk tarikh lahir. Kami memang tak disukai ramai sebenarnya entah mungkin kerana kami ni selalu rapat sana-sini ada juga muka kami join sekaki. Dalam group ini, semua ada kaki ego,kaki merajuk, kaki suka buat bahan. Macam-macam kaki ada. Hahaha. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Bila part bergaduh dalam group, aku banyak mengalah dalam semua hal sebab aku rasa malas nak panjang-panjangkan kes buat apa nak panjang kes yang kecil dengan ego diri sendiri. Haha kekadang aku menangis sendiri kalau geng ni tak kembali kepada yang asal berbaik semasa sendiri. Haha. 

Tepat bulan 11,2016. Salah seorang kawan kami kena berpindah balik ikut mak ayah iaitu Azwa, sebenarnya dia bersebab dia pindah ke sekolah kami waktu itu. Aku waktu itu kehilangan orang yang selalu mendengar masalah aku sampai saat ini aku selalu contact dia melalui wc dan wassap. Raya lepas dia ada jumpa aku. Dia rindu sangat-sangat. Haha aku rindu sangat-sangat laa dengan dia. nak buat macam mana en berpisah jauh. Sekarang dia pun dah busy kerana trial bakal diduduki pada 12/08/2017 nanti. Huhu. 


Berakhirlah kisah hidup kami dengan memperkenalkan siap diri mereka. Haha. 

Pada 19/07/2016 hingga 19/07/2017 dah setahun nama PDHSS kami bina. Dengan naik turun , hujan ribut dan semua itu kami redah dengan apa-apa jua rintangan entah susah bagi aku untuk meluah semua ini kerana apa? aku seorang yang ingat tarikh ini . Yang ''ya ker? ya ker?'' Hahahahaha. Tak apalah. Biar aku ingat nanti dah tak bersama bawa haluan masing-masing dan kenangan masing-masing. Mesti ingat punya. 


Akhir kata, 

Semoga urusan menjawab ujian percubaan dan SPM sebenar dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang mahupun keputusan yang di targetkan pada awal tahun lepas dapat dikecapi dengan bahagiannya. Hihi. Semoga ukhuwah yang kita bina ini sampai bila-bila. Biar Allah rancang yang terbaik untuk diri kita dan semua. Semoga cita-cita kalian menjadi kenyataan. AllahumaAamiin. Jadi anak soleh solehah. :)



#countingdayforbirthday
#turn17
#TrialSPMaroundthecorner
#contest
#goodluck!
#2017